Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

11 April 2009

Ancaman keselamatan Terhadap Sabah..

KEDAULATAN Sabah mungkin terancam sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak memadamkan api kebangkitan United Tausug Citizen (UTC) yang mula merebak ke Sabah kerana sempadan negara ini mudah bolos.

"Kita telah merasai keperitan apabila Pulau Batu Putih yang sekecil itu dilucutkan hak tetapi kita akan lebih malu dan menderita jika isu tuntutan waris kesultanan Sulu ke atas Sabah tidak diselesaikan dengan bijaksana," ujar Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing.

Sehubungan itu, Bumburing merayu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil langkah proaktif secara biliteral dan komited bagi menjamin kedaulatan Sabah terjamin di dalam Persekutuan Malaysia.

Tegas Bumburing, beliau dan rakannya telah membahas isu kedaulatan Sabah di Parlimen, namun kekurang pekaan pemimpin terdahulu menyebabkan Sabah diambang bahaya berikutan kebangkitan UTC yang mempunyai hubung kait dengan warganegara Filipina yang diberi taraf penduduk tetap dan warganegara Malaysia.

"Saya meyakini kepimpinan Dato' Seri Najib akan memberikan keutamaan kepada Sabah terutama menyelesaikan isu 'tuntutan palsu' yang berlarutan sekian lama sehingga menyebabkan rakyat Sabah mencurigai kejujuran Kerajaan Persekutuan akibat perlambakan pendatang haram di Sabah," kata Bumburing yang tidak jemu-jemu bercakap tentang isu pendatang haram dan kerakyatan songsang di Parlimen.

Bumburing menimbulkan isu kedaulatan ini sebagai mengulas tindakan 12 orang berketurunan Suluk cuba mencabar 'Kerajaan Malaysia' dengan bertindak nekad membakar enam bendera Sabah di Lahad Datu baru-baru ini.

Tindakan berkenaan, kata Bumburing adalah ancaman kepada negeri Sabah dan tidak boleh dipandang remeh dan mencadangkan agar pelakunya dilucutkan kerakyatan sebagai hukuman dan pengajaran kepada mereka yang mengaku Waris Sultan Sulu.

"Jika mereka memiliki mykad Malaysia, bagaimana mereka boleh mengaku Waris Sultan Sulu? Bukankah ini mengancam kedaulatan Malaysia?," tanya Bumburing ketika ditemuramah Sabahkini.net.

Bumburing menggesa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman agar menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat insiden ini yang telah menjatuhkan imej negara apabila pihak polis hanya bertindak untuk mendakwa mereka menyertai perhimpunan haram.

Tidak boleh tidak kata Bumburing, tindakan membakar bendera Sabah adalah perbuatan subversif yang tidak boleh dipandang ringan dan wajar dihukum setimpal dengan perbuatan mereka yang disifatkan sebagai Menderhaka kepada Yang Di Pertuan Agong.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata insiden membakar bendera di Lahad Datu, Sabtu lepas, sebagai serius yang boleh mencetus rusuhan awam dan menimbulkan keadaan huru-hara.

“Membakar bendera adalah perkara amat serius. Ini bukan budaya kita dan tidak boleh bertolak ansur,” katanya.

Musa, yang juga pengerusi Majlis Keselamatan Negeri, berkata beliau telah meminta polis menyiasat perkara itu secara terperinci supaya insiden seperti itu tidak berulang.

Dalam kejadian pukul 8.40 pagi itu, 12 orang termasuk seorang yang mendakwa dirinya dari keturunan Sultan Sulu, ditahan kerana membakar enam bendera negeri Sabah di hadapan pasar pekan Lahat Datu dan di sebuah pasar raya di situ.

Sumber: http://mutalibmd.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia