Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

05 April 2009

Perhimpunan Haram Waris Sultan Sulu Di Lahad Datu

LAHAD DATU, 4 April (Bernama) -- Polis menahan 12 lelaki yang menyertai perhimpunan haram dan bertindak membakar bendera negeri Sabah di kawasan hadapan Pasar Rakyat dan sebuah pasar raya di sini hari ini.Ketua Polis Lahad Datu Supt Md Suhaimi Abdul Rahman berkata kesemua yang ditahan itu adalah rakyat tempatan berusia antara 14 dan 41 tahun.

Katanya turut ditahan ketua kumpulan itu berusia 41 tahun yang mendakwa waris Sultan Sulu."Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau berkata dalam kejadian pada 8.40 pagi, terdapat dua kumpulan lelaki mengadakan perhimpunan haram di dua lokasi di kawasan Pekan Lahad Datu iaitu di kawasan depan Pasar Rakyat dan sebuah pasar raya.Katanya kumpulan lelaki berkenaan turut bertindak membakar enam helai bendera negeri Sabah ketika menyertai perhimpunan haram tersebut.Md Suhaimi berkata anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal perhimpunan haram dan menahan mereka yang menyertai perhimpunan itu."Berikutan perhimpunan itu, polis kemudian melakukan kawalan keselamatan di kawasan Pekan Lahad Datu termasuk mengadakan sekatan jalan raya," katanya.Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan tujuan kumpulan berkenaan mengadakan perhimpunan tersebut.--

-BERNAMA

No comments:

Post a Comment


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia