Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

08 June 2009

SIDANG ATAS JETI KERANA TIADA BALAIRAYA?

PENDUDUK kampung Tong Batu, tujuh batu nautika daripada tanah besar Lahad Datu terpaksa bersidang di atas jeti 'kayu rejek' yang baru siap kerana tidak mempunyai balai raya.

Menurut Ahli Parlimen Malaysia (Silam), Haji Salleh Haji Kalbi, beliau terkejut kerana kampung berkenaan dipinggirkan daripada arus perdana pembangunan negara sehingga tidak langsung mempunyai kemudahan asas sedangkan ianya menjadi kubu kuat Kerajaan Barisan Nasional sejak 1994.

"Saya tidak tahu di mana silapnya kerana ketika saya tiba ramai orang di atas jeti, saya menyangkakan ada kecelakaan atau kematian. Kasihan, mereka tidak mempunyai balairaya untuk tempat berhimpun. Surau mereka juga sudah terlalu uzur," ujar Salleh yang terpaksa menyampaikan ucapan di atas jeti berkenaan walau dibakar mentari terik.

Kata Salleh, senario ini amat memalukan kerana ianya berlaku di zaman Malaysia menghantar Angkasawan ke angkasa lepas, namun masih mempunyai kampung yang terjatuh ke jurang kemiskinan sedangkan ianya terletak di tubir mata para pemimpin yang hanya datang untuk meraih undi dan meninggalkan mereka dalam kebingungan selepas pilihanraya atau pemilihan pucuk pimpinan UMNO.

Bagi memastikan kampung tradisi ini tidak terpinggir, Salleh telah memasukkan kampung ini sebagai salah satu destinasi pelancongan maritim untuk produk Homestay kerana mempunyai alam sekitar yang indah dan kaya dengan nilai estetika masyarakat Bajau.

Tidak boleh tidak, kata Salleh, Pejabat Daerah Lahad Datu dan Jabatan Pembangunan Sabah (SDO) harus turun padang untuk menaikkan taraf kampung berkenaan yang sewajarnya sudah dibangunkan tiga dekad lalu.

"Kita seperti berada di sebuah daerah terasing sedangnya ianya berada di Pulau Sakar yang boleh dilihat daripada Bandar Lahad Datu. Kenapa mereka harus menderita atas kecuaian pemimpin terdahulu," ujar Salleh yang telah meluluskan beberapa projek kecil termasuk membantu penduduk kampung mewartakan kampung berkenaan.




INDAH.... Alam semula jadi Kampung Tong Batu mempunyai nilai pelancongan yang tinggi jika penduduk kampung mampu mentafsir makna homestay.


Jika boleh kata Salleh, beliau akan memastikan Kemas mendirikan sekolah tadika kerana bilangan kanak-kanak pra sekolah semakin ramai namun ibu bapa mereka tidak dapat menghantar anak mereka ke tanah besar yang agak jauh dan membahayakan.
"Mereka patut membina sekolah kerana penduduk sudah meningkat melebihi 300 orang dan terpaksa bersekolah di Sekolah Tanjung Paras selepas mengharung ombak," ujar Salleh yang sedang merancang kerangka pembangunan kampung berkenaan agar bersedia menerima pelancong pada penghujung tahun ini.

 

 

Apa agaknya komen JomoSamaTuaran mengenai perkara ini? Bukankah ini satu bentuk penindasan, hak rakyat yang rata-rata adalah penyokong kuat BN telah dinafikan sejak sekian lama.

4 comments:

  1. Saudara,

    apapun setiap yang kita katakan, pasti ada yang tidak setuju. Namun kepuasan dalam menyampaikan sesuatu itulah yang menyebabkan kita terus menulis. Biar apa orang kata, yang penting apa yang kita kata adalah benar dan kelihatan benar, walaupun ada yang melihat tidak benar.

    Soal apa yang dikatakan mesyuarat atas jeti, suatu yang menyedihkan. Siapa yang harus dipersalahkan oleh YB Haji Sali Kalbi, YB dulu pun orang BN, kalau nak cakap ibarat meludah ke langit, menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri.

    Teruskan membawa kebenaran

    ReplyDelete
  2. siapa nak ambil kisah tentang semua itu....mereka hanyalah mementingkan perut sendiri.
    Lepas pemilihan mereka langsung x menjenguknya lg tempat itu...nasib nasib

    ReplyDelete
  3. Ditujukan buat mereka yang suka melancong, atau sedang merancang sebuah perjalanan, percutian, ke tempat-tempat menarik, khususnya SEKITARAN NUSANTARA, khasnya Indonesia!

    Pakej Pelancongan Ke PADANG - BUKIT TINGGI, Sumatra Barat
    Pakej Pelancongan ke Medan - Danau Toba, Sumatra Barat
    Pakej Pelancongan ke Bali
    Pakej Pelancongan ke Jakarta - Puncak - Bandung

    Dan juga :

    Pakej Pelancongan ke Sabah dan Sarawak
    Pakej Mendaki Gunung Kinabalu
    Pakej ke Pulau-Pulau Sekitaran Sabah dan Sarawak

    Serta :

    Pakej Pelancongan ke Tianjin - Beijing, China


    RECOMMENDED !!!

    Syarikat Ini Menawarkan Pakej Terbaik di PASARAN Semasa !!!

    Intrabuana Tour & Travel Sdn Bhd
    KKKP : 3825
    HQ - Warisan Square, Kota Kinabalu
    Branch - Nilai/Sepang
    emel : travelagent09@yahoo.com
    HOTLINE : 019 9191 031

    Sebarang inkuiri serta pertanyaan lanjut, emel, call @ sms secara langsung kepada Intrabuana HOTLINE

    p/s : syarikat ini SPECIALIST untuk pakej Sabah, serta Sumatra Barat (Padang - Bukit Tinggi), dan mampu memberikan HARGA TERENDAH DI PASARAN kepada anda untuk pakej tersebut ;) so, selamat MELANCONG !!!

    ReplyDelete
  4. Kalau beginilah keadaannya apakata kalau kita tumbangkan BN PRU ke 13 nanti manalahtahu diorang sedar diri sikit,yang mana kita pengundi yang bagi diorang kerja yang bagus bilik aircond kereta mewah dan sebagainya,biar persepsi mereka berubah sikit bila dilantik jadi YB kenalah bertugas utk rakyat bukannya utk perut mereka saja,rakyat yang mengundi menunggu janji seperti menunggu bulan jatuh keriba plak.Ok Bro kita undi pembangkang pru nanti barulah kerajaan pusat bagi peruntukan lebih untuk pancing undi masa tu mintaklah macam2 semua pasti dapat beb janji kena undi BN pru 14,ada betul kah ini teori? memang betullah Bro!

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia