Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

29 July 2009

JANGAN YAHUDIKAN FELDA: SALLEH

PERANG.... Rakyat 13 buah kampung memprotes penggalian parit ini yang seolah-olah mengisytiharkan Perang Khandak dengan mereka.

SIKAP tidak profesional pegawai kanan Felda di Sabah menggali parit di sekeliling ladang Felda Sahabat yang bersempadan dengan tanah adat penduduk 13 buah kampung tradisi di Zon Labian menimbulkan kurang senang Ahli Parlimen Malaysia (Silam) dan para penduduk kampung berkenaan.

"Saya menegaskan di sini, hentikan sebarang usaha untuk me'yahudi'kan Felda. Sikap menggali parit besar berkenaan adalah sikap provokatif dan menghina rakyat Sabah yang selama ini bersabar dengan karenah pegawai kanan Felda yang lupa diri dan menyalahguna kuasa mereka," ujar Ahli Parlimen Malaysia, Haji Salleh Haji Kalbi ketika dihubungi melalui telefon.

Tindakan ala Yahudi berkenaan, kata Salleh telah mencetuskan kontroversi sehingga menyebabkan rakyat marah dan benci kepada kerajaan dan wakil rakyat yang enggan membela nasib mereka.

Sehubungan itu, Salleh menggesa Felda menutup semula parit besar yang digali di sekeliling kampung berkenaan kerana perbuatan tersebut akan mencetuskan perbalahan yang berpanjangan dengan pemohon asal tanah berkenaan yang dituduh mencuri buah kelapa sawit Felda.

"Biarlah isu kecurian buah ditangani pihak polis dan bukannya meletakkan undang-undang ditangan mereka sendiri," ujar Salleh yang kesal kerana menuduh penduduk kampung mencuri buah tanpa bukti sama seperti menjatuhi hukuman sebelum perbicaraan.

Salleh turut mendesak agar jalan ke Sekolah Rendah Kebangsaan Lok Buani yang digali parit ditimbus semula bagi membolehkan kanak-kanak sekolah dan guru melalui jalan berkenaan yang hanya sejauh 1.2 kilometer berbanding jalan yang digunakan sekarang sejauh 20 kilometer.

Berita lanjut dapat diikuti di dalam blog beliau http://1silam.blogspot.com

3 comments:

  1. kisah ini adalah bukti ketamakan pihak 'penjajah' Malaya ke atas Sabah!!.

    ReplyDelete
  2. Tapi masih ramai anak Sabah yang mahu mempertahankan ketuanan Malaya di Sabah. Semoga mereka akan sedar. Aminn..

    ReplyDelete
  3. Buktinya mereka menyokong UMNO yang dibawa terus dari Malaya tanpa rasa bersalah sedikitpun kenapa USNO perlu dikuburkan?dan ditukar kepada UMNO yang datang sini lebih kurang penjajah sak mereka ni bah!rimas ku tengok benda2 cam ni di sabah tanah air ku ni!bangun semua hentikan segala macam kerakusan kuasa yang mereka tunjukkan....

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia