Assalamualaikum, Selamat Datang
Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?
Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.
Anak Sabah Anak Malaysia
Anak Sabah Anak Malaysia
"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)
13 May 2009
Mengapa Takut DUN Perak Dibubarkan?
Mengikuti perkembangan politik di Perak dalam tempoh 24 jam yang lalu boleh menyebabkan orang yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi ditahan di wad. Di pihak mana pun kita, melihat perkembangan ini, jalan yang terbaik adalah dengan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa yang seharusnya menjadi pentadbir kerajaan negeri Perak.
Tetapi perkembangan terbaru menunjukkan bahawa pihak Barisan Nasional seboleh-bolehnya tidak mahu perkara ini (pilihanraya DUN negeri Perak) berlaku. Bagi orang biasa seperti saya dan mungkin juga para pembaca blog ini boleh menafsirkan perkara ini sebagai ketakutan dan kedayusan BN untuk menghadapi piliharaya. Lebih tepat lagi boleh dikataka TAKUT kepada hukuman daripada rakyat!!
Kenapa perlu takut kepada sesuatu yang belum pasti? Tidak dinafkan memang ada rakyat Perak yang marah kepada BN tetapi belum diketahui sejauh mana mereka akan menolak pemerintahan BN. Kata orang tua-tua, "berani kerana benar, takut kerana salah".
Salahkah BN? Jawapannya; tidak tahu. Takutkah BN? Mungkin takut pada natijah perbuatan lampau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.
Salam,
ReplyDeleteTahniah kepada Pakatan Rakyat Perak dan Datuk Seri Nizar Jamaludin kerana telah dikembalikan hak mereka yang telah dirampas. Tahniah juga kepada institusi kehakiman yang menjuarai keadilan dengan membuat keputusan berdasarkan keluhuran perlembagaan.
~ menang di mahkamah ucap tahniah, kalah terus minta bubar dewan...baguslah cara bfikir kita! Bodoh punya blogger...klu belajar nda abis, gagal, pigi belajar balik, jgn ,memandai-mandai!haha
Kalau menang.. kerajaan bagus, kalau kalah..sistem undang-undang negara tidak adil,tidak telus dan mulus... DAN MACAM2 LAGI.!!
ReplyDeleteAnak tidak sekolah, salahkan kerajaan. Anak keluar U tiada keraja, salahkan Kerajaan. Harga barangan naik, salahkan kerajaan. Tambang naik, salahkan Kerajaan..!! Apa2 pun yang tidak NGAM.. SALAHKAN KERAJAAN, kau masuk hospital bukit padangpun nanti, SALAH KERAJAAN JUGA??
ENTAHlah... bilalah tabiat menyalahkan orang lain ini akan habisss.... Kerajaan USNO, SALAH...
Kerajaan BERJAYA, SALAH.......
Kerajaan PBS, SALAH.......
Kerajaan BN, SALAH...... jadikkk, mahu kerajaan APA.. KOMUNIS???
Sebaiknya jika hendak memberikan komen tuan2 bacalah dahulu semua artikel saya yang lepas. Saya tidak pernah menyalahkan kerajaan Berjaya, USNO, atau PBS. Malah antara artikel pertama semasa menghasilkan blog ini adalah mengenai cubaan menghidupkan semula parti USNO.
ReplyDeleteSaya tidak menyalahkan Kerajaan BN secara membabi buta seperti tukang komen yang dayus (memberikan komen sebagai anonymous-tanpa identiti). Saya berhujah bersandarkan kepada fakta. Tujuan blog ini pun bukan untuk menyalahkan kerajaan semata-mata tanpa sebarang sebab yang nyata, tujuan saya adalah untuk membuka mata dan minda mereka yang masih tidak sedar betapa jauhnya Sabah ketinggalan dalam pentadbiran kerajaan BN.
Saya pernah menjadi ketua pemuda UMNO cawangan dan pernah juga menjadi setiausaha cawangan UMNO, bekerja di pejabat UMNO bahagian sebagai pembantu kepada seorang setiausaha bahagian, dan bergaul dengan pimpinan UMNO Sabah. Taiada agenda yang lebih mustahak melainkan projek,projek,projek untuk kepentingan sendiri.
Saya suatu masa dahulu adalah penyokong kuat BN sama seperti tuan2, namun kita lebih mengetahui kelemahan dan keburukan sistem hanya apabila kita berada di dalam sistem itu sendiri. Sama seperti kita lebih mengenali diri kita sendiri berbanding orang lain yang mendakwa mengenali diri kita.
Bukalah mata, tajamkan minda, yang benar tetap benar, jangan hanya memberikan sokongan secara membabibuta kerana akhirnya sokongan itulah yang membawa rebah.
mana dia (BN) berani nak bubar dun perak.Kalau pilihanraya diadakan skali lg gerenti BN akan kalah.Aku berani beat la.
ReplyDeleteBguslah kalau begitu hidupkan semula parti USNO pasti sayalah pengundinya yang paling awal menjadi ahli,bukan apa UMNO ni datang dari semenanjung macam penjajah lah pulak menidakkan banyak hak2 istimewa org sabah mentang2 orang sabah ni taksub ngan pemimpin senang2 diorang buat peraturan.Ayuh Bro kita tumbangkan BN n UMNO tukar kerajaan baru sabah boleh maju macam kelantan beb,bukti nya kelantan ke lima termiskin di malaysia n sabah paling miskin dimalaysia sila jawab beb,saya jawab senang je tukar kerajaan korup yang ada sekarang ni.
ReplyDeleteFrom
anak jati LD