Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

06 September 2009

MERDEKA 52 TAHUN TAPI GAJI RENDAH DARIPADA PTI?

Oleh: MAIL MATHEW

TIDAK terlintas di fikiran bahawa kini negara telah mencapai usia kemerdekaan ke-52 tahun, namun masih terdapat pekerja golongan kolar biru terutamanya para pekerja kilang yang masih belum terbela aras penghidupan mereka dengan sepenuhnya, apabila para pekerja itu mendakwa bahawa mereka masih dibayar gaji RM12.50 sehari, lebih murah daripada gaji pendatang asing tanpa izin.

"Sungguh pun masalah tersebut dibawah tanggung jawab syarikat perladangan ternama itu, tetapi pendedahan itu dilihat ada isu serius  telah dibangkitkan yang  melibatkan kebajikan pekerja itu, yang dirasakan berlaku ketidak adilan baginya," kata Jimmy Jawatah, Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) dalam satu kenyataan di Tenom, pada Sabtu.

"Sudah tentu syarikat perladangan gergasi itu tidak tergugat  kalau sekadar  goncangan itu, walaupun beberapa pendedahan dilakukan oleh para pekerjanya tanpa campur tangan pihak kerajaan khususnya Kementerian Sumber Manusia," tambah Jimmy.

Jimmy yang juga Ketua SAPP kawasan Melalap berkata demikian ketika mengulas laporan baru baru ini, mengatakan hampir 100 pekerja kilang merancang berpiket secara aman kerana menuntut kenaikan gaji lebih di mana ketika ini mereka masih dibayar RM12.50 sehari setelah berkhidmat hampir lima tahun.

Bagaimana pun laporan itu menyebut bahawa hasrat para pekerja itu berpiket tidak kesampaian apabila satu pertemuan secara berdialog dengan wakil Majikan syarikat terbabit dan difahamkan bahawa formula penyelesaian sudah terbentuk, namun keputusan mutlak masih bergantung kepada persetujuan syarikat gergasi itu.

Dalam pada itu, Jimmy menggesa pihak kerajaan agar campur tangan mengatasi masalah tersebut kerana ia telah melibatkan masalah kebajikan para pekerja yang mendapat gaji di bawah paras kemiskinan, yang tidak mungkin akan dapat menyara hidup seisi keluarga mereka  dalam keadaan inflasi yang  kini  semakin menghimpit rakyat.

"Saya penuh yakin bahawa niat dan keinginan para pekerja terbabit untuk terus menumpahkan segala tenaga mereka dalam kerjaya itu kalau syarikat terbabit berlaku adil kepada mereka dengan mengenakan pembayaran yang seimbang," kata beliau.

Disebabkan gejala itu tambah Jimmy, menyebabkan ramai golongan remaja menganggur tidak berminat untuk berkerja dengan kilang kerana atas faktor tersebut  dan selain itu jaminan masa depan mereka setelah berkhidmat dengan syarikat seperti itu.

Jimmy kesal dan bersimpati terhadap nasib masa depan golongan pekerja terbabit yang terdiri daripada warga tempatan, dimana Jimmy menyifatkan mereka sebagai mangsa kepada kekejaman manusia yang tidak bertimbang rasa.

Sementara itu difahamkan bahawa Presiden Sabah Plantation Industry Employees Union (SPIEU) Haji Munadi Bakri akan mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan syarikat perladangan gergasi yang berpusat di Semenanjung dalam masa terdekat ini untuk mendapatkan keputusan rasmi.

2 comments:

  1. Salam perkenalan buat Tuan rumah. Apakhabar ? Semoga kita mendapat lebih barakah di bulan Ramadan ini. :)

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan tabib.. Alhamdulillah, berkat ramadan ni tiada apa-apa mudarat yang berlaku. Semoga Malaysia sentiasa tenang walaupun ada beruk-beruk yang cuba mengocak ketenangan itu.. Amin.

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia