Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

04 January 2010

Ini Memang Melampau..

Oleh: SALIHIN LADJA MURA

GEJALA rasuah yang berleluasa di kalangan anggota dan pegawai kanan polis menyebabkan mereka semakin kurang ajar dan gagal menjaga imej PDRM yang selama ini dikaitkan dengan pelbagai salah laku jenayah dan kekerasan.

Terbaru, seorang pegawai polis, Inspektor Razali telah mencemarkan imej PDRM apabila menunjukkan isyarat lucah (menunjukan jari hantu) kepada seorang pemandu ketika memotong sebuah kereta Toyota SR di Batu 11, Jalan Apas sekitar jam 11 pagi, 31 Disember 2009 dan menunjukkan sikap bengis dan kasar kepada orang awam.

Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Citra Masadi (gambar) ketika menghubungi wartawan Sabahkini.net di Pantai Timur Sabah berkata, beliau kesal dengan kejadian dan kekasaran yang dilakukan oleh Inspektor Razali yang ‘membuli’ pengguna jalan raya.

“Walaupun siapapun dia, perlakuan menunjukkan isyarat lucah kepada orang awam dan menunjukkan kad kuasa dan menyalahguna kuasa polis adalah keterlaluan. Saya anggap sikap pegawai kanan polis ini amat biadap dan wajar disiasat oleh Lembaga Tata Tertib PDRM,” ujar Citra yang kesal kerana kejadian ini berlaku ketika manusia di seluruh dunia gembira dengan kedatangan tahun baru 2010.

Lebih memalukan kata Citra, pegawai Kanan Polis di Balai Polis Tawau enggan menerima laporan yang dibuat mangsa, sebaliknya pegawai polis yang bernama Kamaruddin memujuk mangsa agar membatalkan niatnya membuat laporan polis dan memanggil Inspektor Razali untuk menyelesaikan isu berkenaan secara penuh ‘tipu’ muslihat.

Dua jam sebelum membuat laporan, kata Citra, mangsa telah menghantar sms kepada beliau untuk mendapat nasihat dan tunjuk ajar beliau berhubung laporan polis yang akan dibuat di Balai Polis Tawau. Setelah disemak, Citra bersetuju dengan draf tersebut.

Namun mangsa dihalang daripada membuat laporan dan polis yang bernama Kamaruddin cuba memberi pelbagai helah termasuk melengahkan mangsa yang ingin membuat laporan sehinggalah Inspektor Razali datang dan memujuk mangsa agar tidak membuat laporan kerana beliau kesal dengan kejadian kekasaran pada waktu tengah hari tadi.

Mengikut draf laporan yang dihantar melalui sms kepada Citra, mangsa menyatakan bahawa;

“Pada lebih kurang jam 11 pagi, 31 Disember 2009, bertempat di Batu 11, Jalan Apas, Tawau, ketika ingin membuat pusingan di ‘U-Turn’, penumpang sebuah Ninja King putih bernombor SAA9322X yang dipandu terlalu rapat di belakang kereta saya menunjukkan isyarat lucah (menunjukkan jari hantu) ketika memotong, lalu saya mengekori kenderaan tersebut dan apabila sampai di kilometer 15, kenderaan tersebut berhenti dan lelaki tersebut keluar dari kereta dan dengan nada kasar bertanya saya, “Kenapa? Apa kau mau?”. Belum sempat saya bertanya kenapa beliau menunjukkan isyarat lucah, lelaki tersebut berkata, “Saya Inspektor Razali. Bah apa kau mau?” Saya datang ke balai membuat laporan agar polis menyiasat dan mendakwa lelaki berkenaan di bawah Undang-Undang Jenayah kerana berkelakuan kurang sopan menunjukkan isyarat lucah dan menyalahguna kuasanya menakutkan orang awam.”

Sehubungan itu, Citra akan menulis surat bantahan kepada Ketua Polis Negara agar mengambil tindakan tegas terhadap Inspektor Razali dan Kamaruddin yang bersuhabat kerana menafikan hak mangsa membuat laporan polis bagi menutupi kesalahan jenayah dan ‘pembuli jalanan’.

“Jika kita turut mendiamkan perkara jenayah ini, semakin ramai polis tidak sedar diri, terutama mereka yang menyalahgunakan kedudukan mereka menindas rakyat yang tidak berdosa. Kita juga mendesak agar Ketua Polis Negara menyiasat bagaimana seorang pegawai polis berpangkat Inspektor boleh memandu Ninja King yang bernilai ratusan ribu berbanding dengan gaji yang mereka terima,” kata Citra yang kesal dengan sikap pegawai polis berkenaan.

Bagaimanapun Citra memberi amaran keras agar Inspektor Razali dan Kamaruddin tidak mengganggu mangsa yang akan dikemukakan sebagai saksi dan beliau akan membuat laporan polis bagi pihak mangsa atas layanan ‘buruk’ ketika ingin membuat laporan polis terhadap pegawai berkenaan.

Sumber: Sabahkini.net

1 comment:

  1. Urang Sabah ka ini pulis? Urang apa itu aaa... Kurang ajar oo dia. Muka macam pulis isap dadah saja.

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia