Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

04 January 2010

Nak Lapor Ke Mana Ni??

Dari kiri: Zainuddin, Susilo dan Hivilin

Oleh: SALIHIN LADJA MURA

PENAFIAN ‘Operator Komputer’, Hivilin Binijin @ Haslinda, 49, yang mengaku ‘dilantik’ sebagai Penolong Penguasa Pejabat Ko-Nelayan Kawasan Kunak oleh Pengurus Besar Ko-Nelayan mendedahkan amalan yang tidak sihat dan penyalahgunaan kuasa dalam Ko-Nelayan yang memerlukan siasatan segera Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara.

Ketua Penerangan, Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Zainuddin Hassan, menyifatkan penafian Hivilin telah membongkar rahsia yang tersimpan sekian lama terutama perlantikannya yang tidak menurut peraturan dan penyalahgunaan kuasa Pengurus Besar serta campurtangan politik.

“Dalam surat Pengurus Besar Ko-Nelayan bil. KONEL (HQ) 500 bertarikh 1 Ogos 2007 menyebut pertukaran tempat bertugas Hivilin daripada Unit Petroleum ke Bahagian Pembangunan untuk menjalankan tugas sebagai Penolong Penguasa Pejabat KO-NELAYAN Kunak berkuatkuasa pada 16 Julai 2007. Namun pertukaran tersebut tidak melibatkan perubahan gaji dan gred jawatan. Beliau masih kekal F17,” ujar Zainuddin yang mendesak Pengurus Besar Ko-Nelayan, Haji Masood Salleh dikenakan tindakan ‘Surcaj’ dan tata tertib kerana menyalahguna kuasanya memindahkan Hivilin tanpa mengikut prosedur perpindahan yang sah.

Kata Zainuddin, beliau juga mendapati bahawa ‘perpindahan’ Hivilin yang berkuatkuasa pada 16 Julai 2007 menunjukkan bahawa Hivilin ‘ponteng kerja’ selama empat bulan iaitu daripada tarikh suaminya, Pegawai Daerah Kunak, Susilo Sumarto ditukarkan ke Kunak pada Februari 2007, namun terus menikmati ‘gaji buta’ selama tempoh tersebut.

Sebagai isteri kepada Ex-Officio, Hivilin lupa bahawa beliau tidak seharusnya mencemarkan imej perkhidmatan awam dengan ‘ponteng kerja’ kerana beliau tidak pernah kembali bekerja di Ko-Nelayan Kota Kinabalu setelah suaminya ditukarkan ke Kunak.

“Saya membuat dakwaan berasaskan kepada siasatan dan bukannya tuduhan atau fitnah melulu. Hivilin bukanlah VIP tetapi BN melayan beliau sebagai VVIP semata-mata kerana beliau isteri kepada Pegawai Daerah,” ujar Zainuddin yang mendesak agar Hivilin membayar balik gaji buta yang diterimanya selama ponteng kerja atau Haji Masood dikenakan ‘surcaj’ kerana bersubahat dengan Hivilin.

Zainuddin menyifatkan penafian Hivilin bagaikan cuba menegakkan benang yang basah kerana Kursus Induksi yang beliau ikuti pada 31 Januari 2003 ialah ketika beliau menjawat jawatan operator komputer dan bukannya Kursus Induksi Kenaikan Pangkat sebagai Pembantu Tadbir N17 dan memangku jawatan Penolong Penguasa Pejabat Ko-Nelayan Kunak.

“Pengwujudan jawatan yang tidak wujud dan status Ko-Nelayan Kunak masih di bawah Tadbir Urus Ko-Nelayan Tawau membuktikan bahawa perlantikan Hivilin semata-mata untuk membolehkan beliau mengikuti suaminya dan bukannya keperluan mendesak,” ujar Zainuddin yang kesal kerana Susilo mendiamkan perkara ini sejak sekian lama.

Agak keterlaluan kata Zainuddin, sebagai pegawai awam, Hivilin tidak sewajarnya membuat kenyataan akhbar kerana penjelasan isu perlantikan ini harus dibuat oleh Haji Masood yang mempunyai kuasa eksekutif mentadbir urus Ko-Nelayan tetapi tidak mempunyai locus-standi untuk memindahkan Hivilin menanggung kerja skel jawatan yang tidak tercapai Hivilin.

Zainuddin turut kesal kerana Susilo telah menyalahguna kuasanya membenarkan Ko-Nelayan berpejabat di Urusetia Daerah sedangkan sebagai entititi Badan Berkanun, Ko-Nelayan sewajarnya mempunyai bangunan sendiri atau menyewa premis lain.

“Saya mendesak agar Jabatan Audit dan SPRM menyiasat siapa yang menanggung kos pengubahsuaian dan pembaikan Pejabat Ko-Nelayan Kunak kerana kita dimaklumkan kesemuanya dibiayai pihak tertentu yang berkepentingan,” ujar Zainuddin yang akan membongkar lebih banyak amalan Ko-Nelayan Kunak terutama penyelewengan subsidi diesel dan pengagehan bantuan yang tidak sekata.

No comments:

Post a Comment


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia