Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

14 August 2009

Pergi Tak kembali

Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri Rabbani yang telah dijemput menemui Illahi. Takziah kepada seluruh kaum keluarga Allahyarham daripada Anak Sabah Anak Malaysia. Semoga Allah mencucuri roh Allahyarham dengan keberkatan, amin.

11 August 2009

Siapa peduli kerugian ekonomi keluarga ISA

Oleh MAT ZAIN MAT ISA-www.detikdaily.net

Sepertimana lazimnya, media massa arus perdana sekali lagi menjadi senjata utama merasionalkan pendirian dan mempertahankan tindakan kerajaan dalam isu demonstrasi rakyat membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Sabtu (1 Ogos) lalu. Di masa sama segala macam persepsi dan implikasi negatif dihalakan kepada pihak penganjur perhimpunan yang menuntut akta zalim itu dihapuskan.

Sementara akhbar-akhbar utama berbahasa Cina pada Ahad (2 Ogos) merakamkan detik penentangan rakyat itu dari perspektif lebih telus dan adil, akhbar-akhbar berbahasa Melayu pula memilih mencorakkan minda pembaca dengan perspektif sempit selari dengan kehendak parti pemerintah.

Sekurang-kurangnya empat akhbar Cina, iaitu Sin Chew Daily, China Press, Guang Ming Daily dan Nanyang Siang Pau memuatkan gambar para demonstran yang diambil dari sudut luas di muka depan masing-masing. Tepat seperti dikata orang, sekeping gambar menceritakan seribu perkara. Gambar-gambar yang termuat di muka depan keempat-empat akhbar itu menunjukkan puluhan ribu demonstran sedang berarak, masing-masing di lokasi berbeza. Sebaliknya, akhbar-akhbar Melayu hanya memuatkan gambar yang tidak menggambarkan situasi keseluruhan. Ada gambar lima-enam demonstran memulangkan tin bom asap ke arah pihak yang menembaknya, ada gambar sebilangan mereka sedang lari dari asakan pasukan polis dan ada gambar polis sedang menangani keadaan. Ulasan dan kenyataan pelbagai pihak mengenai demonstrasi turut dipilih-pilih. Hanya yang positif terhadap kerajaan disiarkan di ruang utama. Walaupun ada juga dimuatkan komen dan pandangan yang bersetuju ISA dimansuhkan, ia tenggelam di celah-celah puluhan ulasan yang mempertahankan akta itu. Sebahagian pandangan pro-ISA mahu ia dikekalkan dalam keadaan yang ada, manakala sebahagian lain mencadangkan ia hanya dikaji semula dan dipinda, bukan dimansuhkan. Pandangan kedua itu dianggap bertepatan dengan pendirian kerajaan. Bertolak dari situ, beberapa pihak menyifatkan tindakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganjurkan perhimpunan itu sebagai tidak bijak. Ia dikatakan gagal mengambil kesempatan atas keterbukaan kerajaan mendengar pandangan rakyat menerusi perbincangan dan cadangan rasional. GMI yang turut didokongi parti-parti Pakatan Rakyat juga dianggap gagal memanfaatkan saluran yang betul. Ia sepatutnya menggunakan medan Parlimen untuk menyuarakan pandangan mahupun bantahan, bukannya memilih jalan raya. Dikatakan ISA lahir di Parlimen. Maka sebarang usaha membantahnya juga perlu menggunakan saluran Parlimen. Sebenarnya, pihak yang berpandangan begini sama ada jahil fakta sejarah atau pun sengaja mencari hujah demoralisasi terhadap GMI dan perjuangan menuntut keadilan. Sebabnya, selama hampir separuh abad ISA wujud, bantahan dan pandangan kedua mengenainya tidak pernah berhenti disuarakan termasuk di Parlimen. Malangnya, pandangan pemimpin pembangkang tidak pernah dihiraukan Barisan Nasional (BN). Pekikan dan rayuan rakyat agar akta itu dihapuskan bagaikan singgah di telinga yang 'pekak badak'. Ertinya, saluran Parlimen telah terbukti tidak memberi kesan kepada keangkuhan BN. Paling banyak disensasikan akhbar-akhbar selepas demonstrasi ialah apa yang didakwa implikasi ekonomi. Kononnya pelbagai pihak, terutama para pengusaha pusat beli-belah, peniaga dan penjaja serta pemandu teksi di sekitar kawasan perhimpunan mengalami kerugian besar. Seorang pengurus rangkaian pasaraya terkenal menganggarkan kerugian pihaknya sehari tersebut mencecah RM300,000 apabila dua pasarayanya terpaksa ditutup. Jurucakap sebuah persatuan penjaja pula dipetik sebagai mendakwa ahli-ahli persatuannya kerugian lebih RM250,000 ekoran operasi terjejas. Seorang menteri turut menganggarkan kerugian keseluruhan dari sudut ekonomi lebih RM100 juta. Jika benar segala angka didakwa itu, maka dapatlah kita bayangkan betapa kesal, marah dan kecewanya pihak terlibat apabila hak dan kebebasan mereka berurusniaga disekat atau tergendala, walau pun hanya sehari. Sepatutnya, di atas naluri kemanusiaan, mereka yang begitu marah itu lebih mudah memahami betapa kecewa, sedih dan deritanya sebuah keluarga yang hilang punca pendapatannya apabila bapa atau ketua keluarga mereka ditahan ISA. Kerugian ekonomi ditanggung keluarga mangsa ISA bukan setakat sehari-dua, tetapi berbulan atau bertahun. Bahkan, ada ketua keluarga yang sudah melangkaui tujuh tahun ditahan tanpa bicara. Jika pendapatannya serendah RM50 sehari pun, sudah berapa ratus ribu "kerugian ekonomi" ditanggung keluarga tersebut? Bagaimana pula dengan kerugian emosi atau kesan psikologi negatif ditanggung isteri dan anak-anak yang dipaksa berpisah dari suami dan bapa mereka? Kehadiran semua anggota keluarga tersayang di setiap waktu yang diperlukan adalah kunci keharmonian dan kebahagiaan sesebuah keluarga. Demi Allah, peluang dan ruang itu terlalu mahal untuk ditukar dengan wang ringgit, biar pun berjuta nilainya. Puluhan ribu demonstran Sabtu lalu bukan sahaja meninggalkan kerja harian, malah mengeluarkan belanja pula semata-mata untuk menyatakan pendirian mereka tentang ISA. Mereka juga membayar harga yang mahal untuk sebuah perjuangan menuntut keadilan dan hak asasi kemanusiaan.

06 August 2009

SIAPA KATA MUSA AMAN TIDAK BANTU RAKYAT, RM50 DALAM 5 TAHUN?

Dari Kacamata: HALIK ZAMAN

 

SEMENJAK Datuk Seri Musa Aman menjadi Ketua Menteri Sabah, Kuala Lumpur bertambah yakin kepada kepimpinannya, kerana beliau pimpin UMNO Sabah senada dan seirama dengan halatuju pimpinan Kerajaan Pusat. "Yang kaya terus kaya, yang miskin papakedana".

Rakyat diminta memberikan sokongan padu kepada UMNO. Sudah 52 tahun orang Islam dan Melayu bersatupadu seiring dan sejalan dengan UMNO. Namun nasib orang Islam dan Melayu masih lagi "kais pagi makan petang, kais petang makan lagi" .Yang berubah nasib para pemimpin dan anak-anak mereka, anak anak buah mereka dan kroni UMNO sahaja.

Siapa kata rakyat tidak dibantu oleh UMNO/BN?  Dari dulu lagi 'rakyat sudah didahulukan'.  Setiap 5 tahun sekali rakyat dapat bantuan RM50. Tugas rakyat untuk undi UMNO/BN dan mencari 'Hantu Bangkit'  dari kubur untuk undi UMNO/BN supaya para pemimpin Melayu kekal berkuasa dan kekal pendapatan mereka kalau UMNO berkuasa. Anak-anak dan kroni pun turut mewah.

Wang sagu hati untuk rakyat RM50 untuk 5 tahun sekali sudah cukup. Itu pun boleh dikira menolong rakyat juga. Bukankah Tan Sri Muhyiddin Yassin pun sudah buat prosedur baru? "Undi calon UMNO/BN dulu, baru Kerajaan bantu buat jambatan Manek Urai."

Tentu sekali para pemimpin UMNO tidak suka dengan halatuju Pakatan Rakyat, yang paling tidak disenangi oleh para pemimpin UMNO ialah untuk mengecualikan dari pengaruh politik kepada polis, kehakiman, SPRM dan SPR agar kuasa  badan badan instituisi itu berfungsi secara bebas tidak berpihak kepada mana- mana pengaruh politik.

Bila sahaja politik UMNO meng'UMNO'kan badan badan instituisi seperti polis, mahkamah, SPRM dan SPR maka peluang itupun  digunakan oleh Datuk Seri Musa Aman untuk membina empayarnya di Sabah. Beratus ratus aduan rasuah dari orang ramai kepada SPRM sudah tidak mengena lagi.

Musa tidak makan saman lagi bila Pengerusi SPRM mengatakan "Musa is clean. No case to answer". Maka dia pun dalam masa yang sama mendapat anugerah gelaran Datuk Seri Penglima Darjah Kinabalu. Percaya kah anda Musa is clean? Mansionnya pun  tidak sepadan dengan gaji Ketua Menteri.

Para pemimpin UMNO di Sabah bukannya semua ikut style Musa Aman. Bukan semua 'kejam' seperti Datuk Musa Aman. Ada juga para pemimpin UMNO yang baik, yang lebih bijak, yang lebih beraura dan berwibawa seperti Datuk Seri Mohd.Salleh Tun Said, Datuk Rahim Ismail dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Tapi nasib politik mereka tidak terlalu baik seperti Datuk Seri Musa, nasib tidak berpihak kepada mereka untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah kerana para pemimpin UMNO ini  tidak suka jadi hero pelakon filem Hindustan. Musa Aman ada bakatnya. Beliau sangat pintar main 'pintas memintas dalam parti UMNO Sabah'.

Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said, disekat untuk menjadi calon ADUN Usukan Kota Belud dan parlimen Kota Belud, kerana Musa takut tercabar kedudukannya sebagai Ketua Menteri Sabah. Datuk Shafie Apdal pun boleh menggugat kedudukan Musa, cuma Datuk Shafie dibenarkan jadi calon parlimen sahaja. Musa tidak beri peluang beliau bertanding DUN. Musa pun selamat menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah. 'Musa pandai susun daun politiknya.'


Rahim Ismail, satu ketika dulu pernah jadi menteri penuh dalam kabinet Musa Aman, PRU12 Rahim Ismail menang lagi tapi beliau digugurkan dalam senarai kabinet Musa Aman. Rahim Ismail dianggap bahaya kerana berbakat jadi Ketua Menteri Sabah.

Pemimpin yang berpengaruh, seperti Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said, Datuk Shafie Apdal dan Datuk Rahim Ismail, karier politik mereka semua disimpan oleh Datuk Seri Musa Aman dalam peti ais dan
dibekukan. Kalau mereka tidak mahu jadi 'Yes man' maka mereka jangan harap boleh jadi calon PRU13 nanti.

29 July 2009

MISTERI RUMAH PPRT DI BELAKANG RUMAH ADUN LAHAD DATU?

TIADA siapa menyangka bahawa setelah dua penggal menjadi Wakil Rakyat Lahad Datu dan kini menjawat jawatan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur tidak menyedari terdapat sebuah keluarga miskin tegar kaum Tiong Hua betul-betul berada di belakang rumahnya, di kampung Muhibbah, Lahad Datu, Sabah.

Puan Liew Kon Lan, 63, tinggal di sebuah gubuk buruk yang langsung tidak mempunyai sebarang kemudahan asas bersama dua anak lelakinya, Pang Tain Paw, 44, dan Pang Tiew Loi, 41, menantu dan cucunya.

Krew Sabahkini.net yang bergegas ke lokasi setelah membaca blog Ahli Parlimen Silam, begitu terkejut apabila mendapati rumah penduduk miskin tegar berkenaan hanya dipisahkan oleh sebatang parit monson yang jaraknya hanya 100 meter daripada rumah Nasrun yang juga Ketua UMNO Bahagian Silam.

"Saya tidak tahu sama siapa mahu mengadu kerana saya tidak boleh jalan jauh," ujar Liew yang hanya mampu mengengsot atau membongkok dipapah menantunya yang bisu.

Kisah tragis ini boleh diikuti di dalam blog Ahli Parlimen Silam, http://1silam.blogspot.com

JANGAN YAHUDIKAN FELDA: SALLEH

PERANG.... Rakyat 13 buah kampung memprotes penggalian parit ini yang seolah-olah mengisytiharkan Perang Khandak dengan mereka.

SIKAP tidak profesional pegawai kanan Felda di Sabah menggali parit di sekeliling ladang Felda Sahabat yang bersempadan dengan tanah adat penduduk 13 buah kampung tradisi di Zon Labian menimbulkan kurang senang Ahli Parlimen Malaysia (Silam) dan para penduduk kampung berkenaan.

"Saya menegaskan di sini, hentikan sebarang usaha untuk me'yahudi'kan Felda. Sikap menggali parit besar berkenaan adalah sikap provokatif dan menghina rakyat Sabah yang selama ini bersabar dengan karenah pegawai kanan Felda yang lupa diri dan menyalahguna kuasa mereka," ujar Ahli Parlimen Malaysia, Haji Salleh Haji Kalbi ketika dihubungi melalui telefon.

Tindakan ala Yahudi berkenaan, kata Salleh telah mencetuskan kontroversi sehingga menyebabkan rakyat marah dan benci kepada kerajaan dan wakil rakyat yang enggan membela nasib mereka.

Sehubungan itu, Salleh menggesa Felda menutup semula parit besar yang digali di sekeliling kampung berkenaan kerana perbuatan tersebut akan mencetuskan perbalahan yang berpanjangan dengan pemohon asal tanah berkenaan yang dituduh mencuri buah kelapa sawit Felda.

"Biarlah isu kecurian buah ditangani pihak polis dan bukannya meletakkan undang-undang ditangan mereka sendiri," ujar Salleh yang kesal kerana menuduh penduduk kampung mencuri buah tanpa bukti sama seperti menjatuhi hukuman sebelum perbicaraan.

Salleh turut mendesak agar jalan ke Sekolah Rendah Kebangsaan Lok Buani yang digali parit ditimbus semula bagi membolehkan kanak-kanak sekolah dan guru melalui jalan berkenaan yang hanya sejauh 1.2 kilometer berbanding jalan yang digunakan sekarang sejauh 20 kilometer.

Berita lanjut dapat diikuti di dalam blog beliau http://1silam.blogspot.com


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia