Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

19 April 2008

Pak Lah Tak Cukup Pencalonan??

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kini menghadapi dilema besar dan besar kemungkinan beliau terpaksa meletakkan jawatan menjelang pemilihan Umno akan datang ini. "Pak Lah kini hadapi dilema apabila beliau sendiri dikatakan bakal tidak akan cukup 30 peratus pencalonan untuk bertanding jawatan presiden," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar berdasarkan cakap-cakap yang beliau dengar dari para pemimpin Umno. Oleh itu, katanya, cakap-cakap soal kouta pencalonan tidak relevan lagi dalam Umno sekarang. Hari ini, 16 April, di perkarangan hotel Sheraton Subang, kain-kain rentang dinaikkan meminta Abdullah mengundurkan diri secara terhormat melalui peralihan kuasa dan tuntutan dibuat agar proses itu dipercepatkan. Mereka menamakan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Muhyidin Yasin sebagai pengganti Abdullah. "Jika situasi ini berterusan, besar kemungkinan Pak Lah tidak akan mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding jawatan Presiden dan terpaksa berundur lebih awal," kata seorang wartawan yang membuat liputan pertemuan jawatankuasa Pengurusan Umno dengan pemimpin Umno Selangor itu. Bagi Kamarudin, kesilapan besar Abdullah adalah apabila beliau meletakkan tarikh 2010 sebagai tarikh peralihan kuasa. "Ini satu kesilapan besar dalam politik Umno. Ini satu signal yang sangat tidak baik dalam kepimpinan," kata beliau yang pernah menyertai parti itu sebelum ini. Satu lagi kesilapan Abdullah adalah tidak memimpin sendiri misi bertemu dengan pemimpin Umno bawahan dan menyerahkannya kepada Najib. Padahal Najib pula adalah calon yang dikehendaki untuk melawan Abdullah sendiri, kata Kamarudin yang merupakan bekas pensyarah sains politik itu. Nasib Abdullah dipercayai akan sama dengan Tun Ghafar Baba apabila penyandang jawatan Timbalan Presiden Umno itu terpaksa mengumumkan penarikan diri apabila pencalonan untuk Datuk Seri Anwar mendahului beliau dengan ketara hampir setiap berita mengenai pencalonan diumumkan oleh Berita Terkini TV3 pada waktu itu. "Mungkin nasib Pak Lah akan sama dengan Ghafar, terpaksa menarik diri sebelum bertanding kerana kurang pencalonan," kata wartawan yang membuat liputan di hotel Sheraton Subang itu. -http://siasahdaily.blogspot.com/

Karier Politik Lajim Terselamat?

Perlantikan Janang Gayuh (pemimpin agung) masyarakat Bisaya Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin (gambar) yang juga ahli parlimen Beaufort sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia bagi menggantikan Datuk Ghapur Salleh umpama mati hidup semula dalam karier politik beliau.
Siapa yang tidak mengenali ahli politik bernama Lajim Hj Ukin ini. Beliaulah orang yang bertanggungjawab membawa kejatuhan kepada kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) di Sabah pada tahun 1994. Tindakannya keluar dari PBS bersama beberapa orang ADUN lalu menyertai UMNO telah menyebabkan kerajaan Sabah bertukar menjadi milik BN/UMNO.
Umum di Sabah mengetahui tindakan lompat parti itu adalah berpunca akibat rasa tidak puas hati beliau kerana tidak dilantik sebagai menteri penuh dalam kabinet negeri Sabah. UMNO/BN yang pada masa itu cuma memerlukan beberapa kerusi untuk menjadi kerajaan negeri telah berjaya mendapatkan (membeli?) persetujuan Datuk Seri Panglima Lajim ini dan beberapa orang rakannya untuk melakukan lompatan yang amat menggembirakan BN Sabah. Pada masa itu tindakan melompat parti tidak pula dipandang hina oleh UMNO/BN kerana ianya berkaitan dengan kepentingan mereka.
Situasi yang menguntungkan BN itu tidak sama dengan situasi sekarang yang mana sekiranya ada anggota Parlimen BN yang melompat parti pastinya akan membuat BN tersungkur. Tidak pula diketahui apakah perlantikan beliau sebagai Timbalan Menteri dalam kabinet Pak Lah kerana ada ura-ura beliau akan mengulangi perbuatan sama seperti pada tahun 1994 itu. Siapa tahu beliau teringin menjadi pencipta sejarah sebagai ahli politik yang berjaya menukar kerajaan negeri (telah dilakukan) dan kerajaan persekutuan?
Bagi saya yang mengikuti perjalanan karier politik beliau (dahulu kampung saya terletak dalam kawasan DUN yang beliau wakili sebelum persempadanan semula pada tahun 2004) sejak saya mula mengenali beliau yang merupakan kenalan kepada ayah saya, karier politik Lajim ini sebenarnya hampir ke penghujung. Daripada seorang Timbalan Ketua Menteri dalam kabinet Musa Aman pada tahun 1999-2004, kepada hanya seorang Merinyu (Pemeriksa) Projek yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri (saya tidak tahu apakah jawatan itu memang wujud sebelumnya atau sekadar diberikan jawatan), bukankah ia kelihatan seperti mematikan pengaruh beliau.
Tindakan beliau melobi sebagai calon ahli parlimen Beaufort melalui proksi-proksi beliau yang membuat kenyataan akhbar mencadangkan beliau sebagai ahli parlimen beberapa bulan sebelum PRU12 nampaknya telah berjaya menyelamatkan karier politik beliau. Khabarnya, jika beliau tidak berbuat demikian, jawatan sebagai ADUN Klias akan menjadi jawatan politik terakhir selain sebagai Ketua UMNO Bahagian Beaufort. Ketua Pemuda UMNO Beaufort, Isnin Aliasnih (bekas cikgu sekolah saya) adalah calon yang dikatakan akan menggantikan tempat Lajim di Klias. Hakikatnya kini Isninlah yang menggigit jari kerana tidak berjaya menggantikan tempat mentornya itu. Mungkin selepas ini bolehlah Lajim melantik Isnin sebagai setiausaha sulitnya pula.

Lajim ikrar beri khidmat terbaik

KOTA KINABALU 18 April - Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan akan menggunakan pengalamannya di peringkat negeri selama ini bagi melaksanakan tugas baru itu dengan baik. Menurutnya, meskipun belum pernah berkhidmat di peringkat Persekutuan tetapi pengalamannya dalam kerajaan termasuk sebagai Timbalan Ketua Menteri dan beberapa portfolio menteri Kabinet Sabah akan dimanfaatkan bagi menggalas tanggungjawab tersebut. ''Saya bersyukur di atas pelantikan ini dan berterima kasih kepada pucuk pimpinan khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di atas kepercayaan yang diberikan ini. ''Cabaran baru di dalam Kerajaan Persekutuan ini akan dilaksanakan sebaik mungkin bagi meningkatkan lagi pencapaian dan kemajuan yang dicapai sebelum ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. Lajim yang juga Ketua UMNO Bahagian Beaufort adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Klias dan buat pertama kali pada Pilihan Raya Umum Ke-12 bertukar bertanding ke kawasan Parlimen.
-Utusan Malaysia Online

18 April 2008

Sabah: Dulu dan Sekarang29

Dulu kala kita berpergian ke Kuala Lumpur, maka orang di sana akan bertanya “datang dari mana?”, Maka kitapun dengan bangga menjawab “dari Sabah”. Bila disebut Sabah maka orang Semananjung Malaysia pasti mengatakan orang Sabah kaya kerana ada balak. Itu di zaman dulu dan memang ketika itu Sabah merupakan negeri yang kaya, tetapi sekarang kalau ditanya dan jawaban kita sama “dari Sabah”, maka mereka segera bertanya “Kerja kilang mana?” Begitulah keadaan Sabah.
Sabah ada kayu balak, ada tembaga, ada kelapa sawit, ada hutan tebal dan sekarang merupakan negeri yang terbesar memiliki telaga minyak terbesar di tenggara asia dan sabah bolehlah dikatakan terkaya, terbilang, terkenal kerana gunungnya tertinggi dan macam-macam, tetapi yang aneh dan ajaibnya Sabah merupakan negeri termiskin sekali (23%) dan sama dengan kemiskinan di Afrika Selatan.
ISMAILY BUNGSU
Dipetik daripada Watan Sabah http://ismailybungsu.wordpress.com/

BERJUANG TETAP BERJUANG!

Pembetulan kepada artikel sebelum ini: Motto USNO ialah Berjuang Tetap Berjuang dan bukannya Berjuang Terus Berjuang! Itulah Motto USNO dari sejak mula penubuhannya.

“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia