Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

19 April 2008

Karier Politik Lajim Terselamat?

Perlantikan Janang Gayuh (pemimpin agung) masyarakat Bisaya Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Hj Ukin (gambar) yang juga ahli parlimen Beaufort sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia bagi menggantikan Datuk Ghapur Salleh umpama mati hidup semula dalam karier politik beliau.
Siapa yang tidak mengenali ahli politik bernama Lajim Hj Ukin ini. Beliaulah orang yang bertanggungjawab membawa kejatuhan kepada kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) di Sabah pada tahun 1994. Tindakannya keluar dari PBS bersama beberapa orang ADUN lalu menyertai UMNO telah menyebabkan kerajaan Sabah bertukar menjadi milik BN/UMNO.
Umum di Sabah mengetahui tindakan lompat parti itu adalah berpunca akibat rasa tidak puas hati beliau kerana tidak dilantik sebagai menteri penuh dalam kabinet negeri Sabah. UMNO/BN yang pada masa itu cuma memerlukan beberapa kerusi untuk menjadi kerajaan negeri telah berjaya mendapatkan (membeli?) persetujuan Datuk Seri Panglima Lajim ini dan beberapa orang rakannya untuk melakukan lompatan yang amat menggembirakan BN Sabah. Pada masa itu tindakan melompat parti tidak pula dipandang hina oleh UMNO/BN kerana ianya berkaitan dengan kepentingan mereka.
Situasi yang menguntungkan BN itu tidak sama dengan situasi sekarang yang mana sekiranya ada anggota Parlimen BN yang melompat parti pastinya akan membuat BN tersungkur. Tidak pula diketahui apakah perlantikan beliau sebagai Timbalan Menteri dalam kabinet Pak Lah kerana ada ura-ura beliau akan mengulangi perbuatan sama seperti pada tahun 1994 itu. Siapa tahu beliau teringin menjadi pencipta sejarah sebagai ahli politik yang berjaya menukar kerajaan negeri (telah dilakukan) dan kerajaan persekutuan?
Bagi saya yang mengikuti perjalanan karier politik beliau (dahulu kampung saya terletak dalam kawasan DUN yang beliau wakili sebelum persempadanan semula pada tahun 2004) sejak saya mula mengenali beliau yang merupakan kenalan kepada ayah saya, karier politik Lajim ini sebenarnya hampir ke penghujung. Daripada seorang Timbalan Ketua Menteri dalam kabinet Musa Aman pada tahun 1999-2004, kepada hanya seorang Merinyu (Pemeriksa) Projek yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri (saya tidak tahu apakah jawatan itu memang wujud sebelumnya atau sekadar diberikan jawatan), bukankah ia kelihatan seperti mematikan pengaruh beliau.
Tindakan beliau melobi sebagai calon ahli parlimen Beaufort melalui proksi-proksi beliau yang membuat kenyataan akhbar mencadangkan beliau sebagai ahli parlimen beberapa bulan sebelum PRU12 nampaknya telah berjaya menyelamatkan karier politik beliau. Khabarnya, jika beliau tidak berbuat demikian, jawatan sebagai ADUN Klias akan menjadi jawatan politik terakhir selain sebagai Ketua UMNO Bahagian Beaufort. Ketua Pemuda UMNO Beaufort, Isnin Aliasnih (bekas cikgu sekolah saya) adalah calon yang dikatakan akan menggantikan tempat Lajim di Klias. Hakikatnya kini Isninlah yang menggigit jari kerana tidak berjaya menggantikan tempat mentornya itu. Mungkin selepas ini bolehlah Lajim melantik Isnin sebagai setiausaha sulitnya pula.

No comments:

Post a Comment


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia