Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

22 September 2009

PERUTUSAN AIDILFITRI PRESIDEN PBS (Persatuan Blogger Sabah)

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam 1Sabahkini, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.

PERJUANGAN membongkar kebenaran dan mempertahankan kejujuran bukanlah perkara yang mudah, namun telah berjaya dilaksanakan oleh semua Ahli Persatuan Blogger Sabah (PBS) yang berdaftar di Sabahkini.net.

Hari Raya bukanlah ‘tiket’ untuk berbulan madu atau ‘cease fire’ bagi para Blogger yang terpaksa berkhidmat dengan penuh tanggung jawab sekalipun tidak bergaji namun atas nama fardu kifayah dan tugas kepada Negara, maka hari raya adalah ‘Hari Jihad’ atau peperangan bagi para Blogger untuk memerangi pembaziran, penyalahgunaan kuasa, kezaliman kepada mereka yang tidak berdaya, mengekang penyuburan rasuah melalui budaya ‘angpau’ dan pergaulan bebas tanpa batasan sehingga melahirkan anak luar nikah atau melakukan pengguguran haram di luar Negara.

Sabahkini.net yang menjadi medan Para Blogger Sabah berjuang akan terus memainkan peranan sekalipun menerima pelbagai tekanan dan kekurangan dana untuk melakukan penyelidikan dan menyediakan laporan berasaskan fakta dan bukti yang melampaui keraguan munasabah.

Walaupun ahli PBS kebanyakannya adalah ‘Blogger Amatur’ yang baru belajar mengenali dunia IT dan ada juga yang sudah mahir namun masih baru dalam dunia penulisan Blog dan Laman Web dan masih terbawa-bawa dengan penulisan berita di akhbar yang stereotype dan dari sudut yang kurang menarik.

Sebagai laman web bebas sebebas-bebasnya, namun tertakluk kepada etika kewartawanan siber @ myra, Sabahkini.net akan sedia menggempur sesiapa sahaja yang melakukan jenayah luar tabii atau amalan songsang sehingga menyusahkan rakyat dan tidak pernah pro atau cenderung kepada mana-mana parti politik atau kumpulan tertentu.

Bagi memperkemaskan operasi, Sabahkini.net amat memerlukan sumbangan daripada para Blogger untuk membuat ‘Scoop’ atau laporan khas daripada daerah masing-masing kerana ianya akan dipertandingkan dalam Anugerah Kewartawanan Blog dan Web yang akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Sehubungan itu, Sabahkini.net dengan tegas dan berprinsip berikrar, akan melaporkan segala penyelewengan yang berlaku termasuk di pihak Kerajaan atau Pembangkang sekiranya mempunyai bukti atau alasan yang munasabah, tanpa tunduk kepada tekanan dan desakan pihak tertentu.

Dalam menyediakan laporan lengkap, wartawan Sabahkini.net dan para Blogger kemungkinan kebarangkalian telah menyinggung perasaan atau menyakitkan hati sesetengah pemimpin Barisan Nasional dan Pembangkang, namun tugas tetap dilaksanakan dan tidak dapat dilenturkan dengan pujukan, asakan dan desakan daripada pelbagai pihak.

Sehubungan itu, bagi pihak para Blogger di Sabah saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf daripada mereka yang tersindir sehingga tersinggung, terkuis sehingga terpelanting, terselak sehingga terburai, tertuduh sehingga didakwa dan terdedah sehingga menjatuhkan maruah.

Kami bukanlah musuh pemimpin politik atau rakyat sebaliknya suara hati rakyat Sabah yang tidak mendapat layanan baik daripada Kerajaan terutama petani miskin yang terpaksa memerah keringat dan air mata untuk membayar kenaikan gaji menteri dan pegawai kerajaan yang sebahagian daripada masa mereka digunakan untuk melakukan penyelewengan amanah dan membudayakan rasuah.

Akhirkata, jika tidak berani ditegur jangan jadi ahli politik dan kembalilah belajar di politeknik sebelum menceburi bidang yang telah melahirkan ramai Abu Nuwas, Brutus dan Si Kitul. Salam Hormat dan berjuang melalui blog. MUTALIBM.D

16 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

BEBERAPA HARI SAHAJA LAGI UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA TERMASUK DI NEGARA KITA MALAYSIA AKAN MENYAMBUT KETIBAAN SYAWAL YANG JUGA DISEBUT SEBAGAI HARI RAYA AIDIL FITRI ATAU HARI LEBARAN.

DALAM KESIBUKAN MENJELANG SAMBUTAN ADILFITRI, SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SELURUH RAKAN-RAKAN BLOGGER TIDAK KIRA SAMA ADA KITA MEMPUNYAI IDEOLOGI POLITIK DAN PENDIRIAN YANG SAMA ATAU SEBALIKNYA, TIDAK LUPA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI, AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA ADA TERKASAR BAHASA, TERSILAP KATA.

KEPADA ANDA YANG AKAN MEMANDU PULANG KE KAMPUNG, SELAMAT BALIK KAMPUNG, BERHATI-HATI SEMASA MEMANDU, INGAT ORANG YANG TERSAYANG SEDANG MENANTI. BIARLAH KEPULANGAN ANDA DISAMBUT DENGAN AIRMATA GEMBIRA BUKANNYA AIR MATA DUKA.

MAAF ZAHIR DAN BATIN. SALAM LEBARAN. IKHLAS DARIPADA:

ISMAILY BIN DANI

KG. LAMBUNAU, MEMBAKUT, SABAH.

15 September 2009

MERDEKA..MERDEKA...MERDEKA...

SELAMAT HARIJADI MALAYSIA DAN SELAMAT MERDEKA SABAH KALI KE 46 TAHUN...

TAPI MALANGNYA ANAK-ANAK SABAH MASIH RAMAI YANG BELUM MENGECAPI NIKMAT MERDEKA. BUKAN 46 JAM, BUKAN 46 HARI, BUKAN 46 MINGGU TETAPI 46 TAHUN...

KETUA MENTERI SUDAH TIDAK TERHITUNG DENGAN JARI, PERIKATAN, USNO, BERJAYA, BARISAN NASIONAL, PBS, BN-UMNO.... PARTI MEMERINTAH PUN SILIH BERGANTI... PELBAGAI NAMA, PELBAGAI SLOGAN, MANIFESTO INI, MANIFESTO ITU,TAPI YANG KAYA SEMAKIN KAYA, YANG MISKIN SEMAKIN HINA..

SIAPA LAGI YANG MAHU MEMERINTAH? SIAPA LAGI YANG MAHU MEMIMPIN? SIAPA LAGI YANG BELUM DAPAT BAHAGIAN MENGAUT HASIL BUMI YANG SEMAKIN TIPIS... TAPI KIKIS...KIKIS...KIKIS.. KIKIS SAMPAI HABIS.

SELAMAT HARIJADI MALAYSIA YANG LAHIR DARI PERKAHWINAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DENGAN BORNEO UTARA DAN SARAWAK..

SEMOGA HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN KALI INI LEBIH BERMAKNA PADA SEMUA ANAK SABAH ANAK MALAYSIA.. AMIN..

JANGAN ADA LAGI YANG MEREMPAT HINA, JANGAN LAGI MERAYU MERAYU DIBINA JALANRAYA, MERAYU DIBINA BALAIRAYA, MERAYU DIBEKALKAN ELEKTRIK, MERAYU DIBEKALKAN AIR PAIP, MERAYU AGAR ANAK-ANAK DAPAT SEKOLAH...

BIARLAH SELEPAS INI ORANG YANG MERAYU ITU MERAYU MINTA DIUNDI PARTINYA, MERAYU MINTA DIUNDI CALONNYA, MERAYU DIMENANGKAN... MERAYU DIBERI PELUANG PELUANG PERTAMA, PELUANG KEDUA, HINGGA PELUANG KELIMA...

JANGAN LAGI BIARKAN KITA DIHINA, JANGAN LAGI BIARKAN KITA DITINDAS, JANGAN LAGI BIARKAN KITA DIPIJAK,

BUKAN PUISI, BUKAN GURINDAM, TETAPI INILAH AZAM. AZAM SEMPENA ULANGTAHUN KELAHIRAN SEBUAH NEGARA BERNAMA MALAYSIA...

12 September 2009

Nasib Kelapa Tua

Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.

Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topic perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah.

Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.

Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macamtu.

Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Aduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.

Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyakkoyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk. Proses ini bukan sekadar sekali tetak.

Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya. Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.

Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.

Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalahisinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.

Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.

Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak keseluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?”

Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”Gulai dapat nama.

Ikan bawal dapat nama.Orang kata, “Oh! Sedap gulai ni.”“Oh! Sedap ikan bawal ni.”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.

Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk ta’abbud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!

08 September 2009

BANTU PENDATANG DAPAT MYKAD KETUA KAMPUNG DIPECAT

Tindakan undang-undang akan diambil termasuk menamatkan perkhidmatan ketua kampung yang didapati terlibat membantu dan mempermudahkan pendatang asing tanpa izin mendapatkan MyKad di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Hajiji Noor berkata MyKad merupakan hak istimewa rakyat Malaysia dan tidak layak dimiliki pendatang tanpa izin.

"Kita tidak mahu pendatang tanpa izin memperoleh MyKad ini," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di sini semalam.

Hajiji berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan timbalan ketua PKR Sabah Kong Hong Ming minggu lepas mengenai wujudnya usaha mendaftarkan pendatang tanpa izin di Kampung Kalabakan Tengah, Tawau bagi mendapatkan MyKad seperti yang disiarkan akhbar tempatan baru-baru ini.

Nota: kes pendatang haram dapat mykad ini telah lama dijalankan. ini rancangan tersusun bertujuan untuk memastikan pendatang haram yang dapat mykad akan mengundi gerombolan. akhirnya warga sabah akan menjadi seperti warga palestin – minoriti di tanah ayer sendiri.

ini bukan kes kecil – ini projek besar gerombolan – nak jadikan kadazan warga minoriti keran kadazan tak nak tunduk dibawah telunjuk gerombolan. ini projek zionis tempatan.


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia