Artikel saya bertajuk Royalti Minyak 20 Peratus: Hak Sabah yang telah lama dinafikan yang disiarkan di bawah ruangan Fikir Sejenak di TKO (http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=9294#46596) mendapat pelbagai reaksi dari pembaca, terima kasih pada yang memberikan komen tetapi ingin saya tegaskan memberi komen tu biarlah berpada, jangan sampai menyinggung perasaan orang lain. Tidak perlu terikut-ikut dengan emosi untuk menyatakan pendapat atau untuk menunjukkan kita di pihak yang benar.
Setiap orang berhak untuk memberikan pandangan atau pendapat asalkan ia tidak membawa kepada ketegangan. Tidak perlu kita wujudkan polemik untuk diperdebatkan.
Artikel yang saya tulis itu hanyalah satu pendapat peribadi saya yang mengajak siapa-saiapa sahaja yang berminat untuk sama-sama berfikir apakah kewajaran Sabah menuntut hak mendapatkan royalti minyak sebanyak dua puluh peratus daripada petronas dan kerajaan persekutuan.
Tidak perlu gaduh-gaduh, kita ada hujah masing-masing untuk setiap pendapat yang disuarakan.
No comments:
Post a Comment