Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

24 April 2008

Pakatan Rakyat ambil alih Kerajaan Persekutuan menjelang 16 September?

Beberapa ahli parlimen Barisan Nasional di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa sesuai, selewat-lewatnya pertengahan September, kata penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Ahli-ahli parlimen ini belum pun mengangkat sumpah di parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu dalam lawatan ke negeri itu, hari ini. Anwar menambah, lapor Bernama, jika mereka tidak menyertai bulan depan, mungkin dalam bulan berikutnya, Julai atau malah pada Hari Merdeka (31 Ogos).
"Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu," katanya. Beliau juga mendakwa BN sedang memantau dengan dekat pergerakannya sekarang dan ada kemungkinan akan bertindak keras atau mengugut wakil-wakil parti itu yang ingin berpindah kepada Pakatan.
Katanya, tiada jangka masa jelas tentang tarikh beliau akan menjadi perdana menteri tetapi meramalkan tempohnya "tidak sampai tiga tahun lagi". "(Tetapi) saya bukannya tergesa-gesa," katanya kepada agensi berita antarabangsa itu.
Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini membantah usaha menggerakkan kempen lompat parti wakil-wakil BN seperti yang dijalankan Anwar. Sambil menyifatkan usaha sedemikian "tidak sah dan tidak beretika", presiden PRM Hassan Abdul Karim menggesa keputusan pilihanraya umum lalu harus dihormati semua pihak. "PRM berpendapat kerajaan BN perlu diberi peluang untuk mentadbir kerajaan pusat bagi lima tahun lagi dengan aman dan tanpa diganggu-gugat secara yang tidak demokratik," katanya. Akhbar Utusan Malaysia melaporkan parti-parti komponen BN di negeri itu menafikan mereka akan melompat parti dan menyertai Pakatan. Timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Eric Majimbun dilaporkan berkata, desas-desus terdapat wakil parti itu berhasrat melompat parti berkemungkinan besar timbul susulan kelantangan SAPP menyuarakan pandangan kepada pimpinan BN. Lawatan Anwar di negeri itu dan Sarawak memanaskan lagi cakap-cakap tentang isu lompat parti yang dimulakan daripada kenyataan bekas timbalan perdana menteri itu sejak kemenangan besar PKR dan dua rakannya DAP dan PAS pada 8 Mac.
Tawaran terbuka pengerusi jawatankuasa pemandu PKR Sabah dan Sarawak, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan kepada wakil rakyat BN agar menyertai pakatan pembangkang baru-baru ini menghangatkan lagi keadaan. Pakatan Rakyat dalam persediaan untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baru dan ia akan dilaksanakan menjelang 16 September tahun ini. Demikian dinyatakan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wnwar Ibrahim kepada media di Kota Kinabalu hari ini. Beliau mengulangi dakwaan bahawa pakatan tiga parti tersebut telah mengenalpasti jumlahnya, tidak tergesa-gesa untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) dan hanya menunggu masa untuk membuat pengumuman. “InsyaAllah, kami akan berjaya. Sekiranya bukan bulan hadapan, bulan yang berikutnya, sekiranya bukan Jun atau Julai, mungkin pada hari kebangsaan 31 Ogos atau pada hari Malaysia (16 September), ”Saya rasa ia tidak akan lebih lama dari itu,” kata Anwar.
Beliau berkata perbincangan diantara pati-parti dalam Pakatan Rakyat perlu dibuat kerana UMNO/BN akan bertindak ‘kasar’ dengan tindakan tersebut. “Mereka menggunakan ugutan dan ancaman (intimidation), sebagai contoh, saya diekori rapat sekarang,” kata Anwar. Beliau berkata kedatangannya ke Sabah dan Sarawak bukan bertujuan mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen BN kerana dia ada cara lain untuk berbincang dengan mereka yang telah pun memberikan komitmen untuk menyertai Pakatan Rakyat.
“Perbincangan boleh diadakan di Singapura, Abu Dhabi dan Hong Kong, walaupun mungkin bunyinya lucu,” kata Anwar yang menyatakan terima kasih kepada ahli parlimen yang telah bersedia untuk beralih parti. Beliau menyatakan Pakatan Rakyat bersedia menerima gabungan dari parti-parti politik yang berada dalam BN. Menurut beliau ahli-ahli parlimen Sabah dan Sarawak tidak bergembira kerana beberapa syarat mereka tidak dapat dipenuhi oleh Kuala Lumpur. Beliau berkata tidak ada tawaran ‘wang’ atau kedudukan peribadi kepada sesiapa yang berpindah parti sebagaiaman yang didakwa oleh BN, namun Pakatan Rakyat menawarkan komitmen kepada orang-orang Sabah dengan royalti yang lebih tinggi dan penyelesaian kepada pendatang haram – Sumber The Star Online

1 comment:

  1. betul kah berani pemimpin di sabah melompat parti,? atau mereka talam dua muka?sedangkan kepala sudah di pijak-pijak,mampu kah mereka melompat parti,? atau memang mereka ini pemimpin yg PENGECUT,!

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia