Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

20 April 2008

Komen dari TKO

Dalam usaha memperkenalkan nama blog lambunau ini, saya telah menghantar beberapa artikel ke TKO (http://www.tranungkite.net/v7), dua artikel terbaru saya yang bertajuk "Karier Politik Lajim Terselamat?" dan "USNO Harus Bangkit Dari Kubur Untuk Membela Nasib Rakyat Sabah (Bah.2)" telah menerima beberapa komen seperti di bawah. Terima kasih kepada yang memberikan perhatian terhadap tulisan-tulisan saya dan terima kasih atas komen-komen anda yang positif. Ada beberapa nick yang sentiasa memberikan komen kepada setiap tulisan saya, terima kasih kepada Bukau08 dan wan2361. Kepada yang lain diharap terus memberikan sokongan moral kepada saya. ------------------------------ Re: Karier Politik Lajim Terselamat? (Score: 1) by Bantai on Saturday, April 19 @ 22:22:02 MYT cari dulu org yg suka lompat2 bagi jawatan bagi ganjaran pasti anjing akan terus menghidu ------------------------------------------------- Re: Karier Politik Lajim Terselamat? (Score: 1) by bwan on Saturday, April 19 @ 22:53:49 MYT UMNO sudah ketandusan pemimpin. Terpaksalah stok lama dikitar semula. Lajim dibayar RM12 juta dan pembiayaan perubatan buah pinggangnya di Cina sebagai hadiah aksi lompatnya pada tahun 1994. BN menempa sejarah dengan perlantikan Timbalan Menteri yang terpaksa ambil peperiksaan SRP sebagai calon persendirian. --------------------------------------------------------- Re: Karier Politik Lajim Terselamat? (Score: 1) by Bukau08 on Saturday, April 19 @ 23:23:48 MYT Haha.. satu Malalaysia tau dia ni pakar lompat.. perlantikannya di lihat bagai menyuburkan semula atau menghalalkan lompat melompat. ---------------------------------------------------------- Re: Karier Politik Lajim Terselamat? (Score: 1) by wan2361 on Saturday, April 19 @ 23:38:27 MYT Nampak gaya nya umno dah kehabisan pemimpin yg berkeliber.Barisan kabinet paklah byk kekurangan.Kerajaan yg b bentuk tiada kekuatan.Pemimpin bermasaalah di lantik menteri.Ntah ape2 le paklah ni... --------------------------------------------------------------- Re: USNO Harus Bangkit Dari Kubur Untuk Membela Nasib Rakyat Sabah (Bah.2) (Score: 1) by laserb8 on Sunday, April 20 @ 11:24:46 MYT hmm menarik jugak politik sabah ni... berbeza ngan semenanjung ---------------------------------------------------------------- Re: USNO Harus Bangkit Dari Kubur Untuk Membela Nasib Rakyat Sabah (Bah.2) (Score: 1) by myawanbiru on Sunday, April 20 @ 12:42:27 MYT Saya pernah bekerja di Sabah. Semasa disana, memang saya dapat rasakan bahawa kehadiran orang Semenanjung akan dipandang seperti orang asing walhal kita sebenarnya berada dalam satu bendera. Bagi membentulkan politik thinking rakyat Sabah sudah semestinya hanya rakyat Sabah sahaja yang boleh mengubahnya. Bagi PR, jika ingin menembus politik thinking rakyat Sabah ada beberapa cadangan yang boleh dikira sebagai menunjukkan keperihatian bagi mengubah pandangan rakyat Sabah. Salah satunya, kebiasaan mana-mana mesyuarat Agung atau pemilihan atau muktamar parti-parti gabungan PR diadakan di Semenanjung. Bagaimana jika pada tahun ini diubahkan ke lokasi nya di Sabah. Walaupun perbelanjaannya agak mahal, sekurang-kurangnya dengan cara itu dapat menunjukkan keperihatinan orang Semenajung dan menghargai jasa peringkat akar umbi rakyat Sabah terhadap sokongan mereka ke atas PR. Selain daripada barisan PR akan dapat melihat sendiri kehidupan orang Sabah dan memberi sedikit ruang kepada orang Sabah terlibat di dalam acara-acara yang besar seperti perhimpunan AGM. Di samping itu, ini dilakukan sebagai tanda perhargaan dan keperihatinan di atas sumbangan mereka walaupun kecil. ------------------------------------------------------------- Re: USNO Harus Bangkit Dari Kubur Untuk Membela Nasib Rakyat Sabah (Bah.2) (Score: 1) by serol on Sunday, April 20 @ 14:29:41 MYT Tetapi menjemput sahabat itu untuk berkuasa dan menentukan siapakah ketua rumah, apakah yang boleh dan tidak boleh, memang satu tindakan kurang waras. Tindakan yg kurang waras utk tuan rumah membiarkannya dan tindakan yg BIADAP & KURANG AJAR bagi tetamu untuk melakukan sebegitu.... Oleh itu, sewajarnya tetamu tersebut di AJAR secukup2 nya...... Diharap darah Panglima Mat Salleh terus mengalir dalam badan anak2 Sabah.... m>

2 comments:

  1. Saya melihat di sudut yg berbeza,tulisan sdra berkaitan membangunkan USNO semula adalah sia-sia saja.USNO sudah berkubur di buminya sendiri.Yang tinggal hanyalah "bernaung" di bawah Keris Melayu yg dikatakan sebagai membela Bumiputra Islam.Saya percaya ketika itu sdra pun begitu "gah" menerimanya.Tapi tiba-tiba bila sokongan merosot di Semenanjung sdra..beralih arah pula.Sebenar rakyat Sabah sudah lama terluka hatinya bila USNO atau PBS ketika itu bercakaran sesama sendiri kerana isu yg dibangkit ketika itu adalah propaganda atau dimanipulasikan oleh mereka yg berkepentingan untuk memasukkan "Keris Melayu" ke bumi ini.Akhirnya berjaya juga.Bertapak.Saya rasa isu ini tak perlu dibangkit lagi...dah terlambat.Apa yang penting pemimpin Sabah dewasa ini perlu banyak bertegas dan menuntut apa yang belum tertunai untuk anak-anak bumi ini.Kerana kemiskinan yang amat tegar ini perlu diperbetulkan.Kita ada"20 perkara" itu dokumen penting....kalau dulu Sabah bersama dlm pembentukkan Malaysia kini Sabah juga bersedia membantu BN di PRU12.Bukan begitu sebagai sebuah Negara.Tapi masih ada yang membezakan Malaysia Timur dan Malaysia Barat.Pelik,datangnya dari sana juga..Kan ini Malaysia.Satu Negara.
    Sekian.
    Kelanghuan sudah ani....
    http://kudee.tblog.com/

    ReplyDelete
  2. Sebelum saya meneruskan apa yang hendak diperkatakan terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih atas kunjungan dan komen saudara ke blog saya http://asam-lambunau.blogspot.com.. Sebagai warga blogger kita sedia maklum akan perbezaan pendapat dan kebebasan menyuarakan pendapat sendiri.

    Di sini saya ingin membetulkan pandangan saudara terhadap saya seperti berikut"Tapi tiba-tiba bila sokongan merosot di Semenanjung sdra..beralih arah pula".

    Untuk makluman saudara, saya memang seorang bekas ahli UMNO tetapi telah mula terlibat dalam perjuangan Parti Keadilan Rakyat sejak pilihanraya Umum ke11 semasa PKR masih dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional. Semasa saya meninggalkan UMNO saya memegang jawatan setiausaha cawangan tetapi pada saya jawatan bukanlah matlamat utama dalam perjuangan.

    Perjuangan menghidupkan USNO pula telah bermula sebelum pilihanraya umum ke12. Saya tidak terlibat dengan pergerakan ini tetapi melihatnya sebagai sesuatu yang positif dalam perkembangan politik sabah. Kerana optimis ia akan menjadi wadah perjuangan anak-anak sabah yang telah lama didiskriminasikan oleh UMNO/BN/kerajaan pusat.

    Saudara mungkin kurang jelas bahawa niat asal pemimpin USNO membawa masuk UMNO ke Sabah pada tahun 1990 ialah untuk mendapatkan suara yang lebih kuat untuk anak-anak sabah memperjuangkan hak-hak sabah. Tetapi akhirnya yang tinggal dalam UMNO Sabah hanyalah mereka yang telah lulus untuk menerima budaya pak turut UMNO yang lebih mengutamakan kepimpinan parti lebih dari segalanya. Contoh terbaru yang jelas mengenai budaya ini ialah penderhakaan UMNO terhadap Raja-raja dalam kemelut pemilihan MB Terengganu walaupun jelas dalam rukunegara menyatakan Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

    Mengenai pandangan saya untuk menghidupkan USNO bukanlah pula bermaksud tidak percayakan sahabat-sahabat dalam PKR dari semenanjung. Akan tetapi, hanya parti politik yang berpengkalan di Sabah sahaja yang akan dapat meraih kepercayaan rakyat Sabah untuk menolak kekuasaan UMNO/BN yang jelas tidak mengutamakan kepentingan rakyat bawahan. Penyertaan sebagai komponen PR di Sabah akan memberikan Sabah lebih peluang untuk menyuarakan hak-hak dan kehendak rakyatnya tanpa perlu takut akan bercanggah dengan dasar dan kehendak pemimpin atasan di semenanjung seperti yang berlaku dalam UMNO. Sebab itu saya menyatakan pendapat secara peribadi agar USNO (sekiranya diluluskan sebagai parti politik) menyertai Pakatan Rakyat.

    Bah, Atu tah nyangku.. Wassalam.

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia