Saya melihat komen dari kudeed ini menarik untuk disiarkan bersama komen saya sendiri sebagai respon kepada komen tersebut. Bukan untuk menyatakan siapa salah dan siapa benar tetapi saya rasa ianya menarik untuk dihidangkan kepada pengunjung blog ini.
kudeed said...
Saya melihat di sudut yg berbeza,tulisan sdra berkaitan membangunkan USNO semula adalah sia-sia saja.USNO sudah berkubur di buminya sendiri.Yang tinggal hanyalah "bernaung" di bawah Keris Melayu yg dikatakan sebagai membela Bumiputra Islam.
Saya percaya ketika itu sdra pun begitu "gah" menerimanya.Tapi tiba-tiba bila sokongan merosot di Semenanjung sdra..beralih arah pula. Sebenar rakyat Sabah sudah lama terluka hatinya bila USNO atau PBS ketika itu bercakaran sesama sendiri kerana isu yg dibangkit ketika itu adalah propaganda atau dimanipulasikan oleh mereka yg berkepentingan untuk memasukkan "Keris Melayu" ke bumi ini.
Akhirnya berjaya juga.Bertapak.Saya rasa isu ini tak perlu dibangkit lagi...dah terlambat.Apa yang penting pemimpin Sabah dewasa ini perlu banyak bertegas dan menuntut apa yang belum tertunai untuk anak-anak bumi ini.Kerana kemiskinan yang amat tegar ini perlu diperbetulkan.Kita ada"20 perkara" itu dokumen penting....kalau dulu Sabah bersama dlm pembentukkan Malaysia kini Sabah juga bersedia membantu BN di PRU12.
Bukan begitu sebagai sebuah Negara.Tapi masih ada yang membezakan Malaysia Timur dan Malaysia Barat.Pelik,datangnya dari sana juga..Kan ini Malaysia.Satu Negara.Sekian.
Kelanghuan sudah ani....http://kudee.tblog.com/
lambunau said...
Sebelum saya meneruskan apa yang hendak diperkatakan terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih atas kunjungan dan komen saudara ke blog saya http://asam-lambunau.blogspot.com.. Sebagai warga blogger kita sedia maklum akan perbezaan pendapat dan kebebasan menyuarakan pendapat sendiri.
Di sini saya ingin membetulkan pandangan saudara terhadap saya seperti berikut"Tapi tiba-tiba bila sokongan merosot di Semenanjung sdra..beralih arah pula".Untuk makluman saudara, saya memang seorang bekas ahli UMNO tetapi telah mula terlibat dalam perjuangan Parti Keadilan Rakyat sejak pilihanraya Umum ke11 semasa PKR masih dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional.
Semasa saya meninggalkan UMNO saya memegang jawatan setiausaha cawangan tetapi pada saya jawatan bukanlah matlamat utama dalam perjuangan.Perjuangan menghidupkan USNO pula telah bermula sebelum pilihanraya umum ke12. Saya tidak terlibat dengan pergerakan ini tetapi melihatnya sebagai sesuatu yang positif dalam perkembangan politik sabah. Kerana optimis ia akan menjadi wadah perjuangan anak-anak sabah yang telah lama didiskriminasikan oleh UMNO/BN/kerajaan pusat.
Saudara mungkin kurang jelas bahawa niat asal pemimpin USNO membawa masuk UMNO ke Sabah pada tahun 1990 ialah untuk mendapatkan suara yang lebih kuat untuk anak-anak sabah memperjuangkan hak-hak sabah. Tetapi akhirnya yang tinggal dalam UMNO Sabah hanyalah mereka yang telah lulus untuk menerima budaya pak turut UMNO yang lebih mengutamakan kepimpinan parti lebih dari segalanya. Contoh terbaru yang jelas mengenai budaya ini ialah penderhakaan UMNO terhadap Raja-raja dalam kemelut pemilihan MB Terengganu walaupun jelas dalam rukunegara menyatakan Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Mengenai pandangan saya untuk menghidupkan USNO bukanlah pula bermaksud tidak percayakan sahabat-sahabat dalam PKR dari semenanjung. Akan tetapi, hanya parti politik yang berpengkalan di Sabah sahaja yang akan dapat meraih kepercayaan rakyat Sabah untuk menolak kekuasaan UMNO/BN yang jelas tidak mengutamakan kepentingan rakyat bawahan.
Penyertaan sebagai komponen PR di Sabah akan memberikan Sabah lebih peluang untuk menyuarakan hak-hak dan kehendak rakyatnya tanpa perlu takut akan bercanggah dengan dasar dan kehendak pemimpin atasan di semenanjung seperti yang berlaku dalam UMNO. Sebab itu saya menyatakan pendapat secara peribadi agar USNO (sekiranya diluluskan sebagai parti politik) menyertai Pakatan Rakyat.
Bah, Atu tah nyangku.. Wassalam.
Terima Kasih respon sdra Asam Lambunau.Saya harap di ruang ini tidak di jadikan tempat perdebatan kita tapi menjadi peluang untuk semua .
ReplyDeleteSdra menyatakan"Saudara mungkin kurang jelas bahawa niat asal pemimpin USNO membawa masuk UMNO ke Sabah pada tahun 1990 ialah untuk mendapatkan suara yang lebih kuat untuk anak-anak sabah memperjuangkan hak-hak sabah".Pada saya kenyataan ini agak melucukan dan boleh mengelirukan fakta sejarah kemasukkan UMNO ke Sabah.Fakta sdra boleh saja menghambat Huguon Siou Datuk Seri Joseph Pairin Titingan Presiden PBS.Parti yang memperjuangkan Hak-hak peribumi orang/anak-anak Sabah adalah Parti Bersatu Sabah.Ini kena ingat.Sebab itulah,PBS diperlukan untuk menyertai BN bagi menjaminkan kestabilan politik Sabah ketika itu.USNO bertukar menjadi UMNO sekadar untuk mempertahankan status quo orang-orang melayu(Bajau,Berunai,kadayan,sungei,Iranun dan lain-lain) di Sabah .Pemimpin di kalangan mereka inilah yang banyak berusaha untuk menghapuskan Parti USNO itu sendiri.Di antaranya Sdra Karim Ghani.Masihkah Kau Ingat.7/8 kerusi USNO dipertahankan untuk membuka ruang kepada "Keris Melayu" bertapak di Sabah.Boleh tanyakan kepada sdra Karim Bujang,diantara mereka yang terlibat memadamkan USNO.
Sdra,pada saya hanya "Parti Keris Melayu" inilah yang tinggal untuk orang-orang melayu Sabah.Mahu dipungut di mana lagi sdra?cadangan untuk menghidupkan USNO dan kemudian bergabung dengan Parti Keadilan untuk orang-orang Sabah,seolah-olah sdra bersedia untuk memecah-belahkan masyarakat Sabah.Harus diingat pada zaman Parti USNO bercakaran bersama BERJAYA dan PBS,akhirnya PBS PLUS.
Lagi pun,generasi sekarang tidak mengetahui dengan baik sejarah TUN MUSTAPHA bersama USNO.Rasanya mereka tidak akan mahu tahu lagi Aura USNO di zaman itu.Selesai sudah bah.
Pasal Parti Keadilan Rakyat ini,sebenarnya saya sudah komen cerita ini di banyak laman.Ini wayang kulit Anwar saja.Dulu dia pernah janji untuk 100 hari Sabah membangun masa sdra Anwar berkuasa..rupanya 100 hari anak-anak Sabah dibuai mimpi.saja.Sdra Anwar mahukan kuasa itu kembali kepadanya dengan mendapatkan sokongan dari Parti-parti rakan BN di Sabah.
Sdra Anwar ni,mahukan tempat ke "Keris Melayu" dengan cara seperti menaiki helikopter dan turun ke singgahsana.PKR hanya sebagai batu lonjatan saja.Tapi,buat masa ini ruang itu masih "tidak jelas".Sejarah UMNO terlalu besar berbanding dengan PKR yang masih "tercari-cari "sumbernya. Mungkin sdra bolehlah tunggu cerita Anwar pada 23 April ini,ke Sabah.
Biar menangis darah sekalipun,saya percaya tidak akan dapat sdra Anwar untuk mengula-gulakan YB-YB Sabah.Cukuplah.
Saya bukan bermaksud memuji YB Sabah ini.Pada saya mereka juga perlu banyak diperbetulkan untuk memperjuangkan nasib orang-orang Sabah di bawah BN ini.Sekian.