Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

13 May 2009

Beri hak rakyat pilih kerajaan Perak - Suhakam

KUALA LUMPUR 13 Mei (Harakah) - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berpendapat bahawa krisis politik di Perak mungkin tidak dapat diselesaikan melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat.

Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu hak asasi manusia," kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Abu Talib Osman yang dipetik daripada agensi berita. <\p> Hanya sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan, kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Artikel 21 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 memperuntukkan bahawa kesungguhan seseorang hendaklah menjadi asas kuasa kerajaan.

"Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar, insiden pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 7 Mei dan keputusan Mahkamah yang mengisytiharkan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak akan ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat,"kata beliau.

"Tindakan Mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak,"kata Abu Talib.

8 comments:

  1. zZzZzZzZz... lagilah topik bangas, bubar dewanlah... beri rakyat kuasalah, beri itu, beri ini...

    Kalau menang.. terus kalang-kabut masuk pejabat MB, pecat orang sana sini, bila petang...KALAH LAGI, kansel semua program.... SIAN JUGA DURANG NI KANNN... KEMARUK BETUL NAK KAN KUASA, KUASA EVERYDAY ADA...ndak mahu???

    KALAU nak sangat bubar, pembangkanglah yang patut letak jawatan ramai2... barulah diadakan PRU balik... ini, BN yang banyak kerusi pula nak disuruh bubar...lepaskan KUASA MUTLAK dari gengaman... apa lah punya otak orang PERAK ni.. ada skolkah tidak ni... mungkin ada, tapi...skol punduk saja...!! Cien nye...

    ReplyDelete
  2. Janganlah memalukan orang Sabah dengan menulis komen yang melihatkan kedangkalan pemikiran.

    Kalau kita tidak tahu undang2 tidak semestinya kita masuk universiti dan masuk ke fakulti undang2, tetapi rajin2kan lah diri untuk banyakkan membaca. Jangan sekadar membaca Berita Harian dan menonton berita RTM dan TV3 sahaja.

    Sekiranya seseorang ADUN atau ahli Parlimen meletak jawatan, beliau tidak dibenarkan untuk bertanding dalam tempoh 2 penggal. Jadi, camna tu kalau semua ADUN Pakatan Rakyat di Perak meletak jawatan?

    Cara anda memberikan komen seperti Katak Di Bawah Tempurung, tidak pernah keluar dari Tuaran kah?

    ReplyDelete
  3. студенточка http://free-3x.com/ порно онлайн с курскими студентами free-3x.com/ малолетку [url=http://free-3x.com/]free-3x.com[/url]

    ReplyDelete
  4. Ich habe diesen Gedanken gelöscht:) viagra generika wirkung cialis generika [url=http//t7-isis.org]cialis billig kaufen[/url]

    ReplyDelete
  5. No rompas sobre esto! http://nuevascarreras.com/tag/cialis/ cialis precio venezuela Siamo spiacenti, ho pensato, e di eliminare i messaggi [url=http://nuevascarreras.com/tag/comprar-cialis/ ]cialis generico espana [/url]

    ReplyDelete
  6. Sin duda, Г©l no es derecho [url=http://csalamanca.com/tag/sin-receta/ ]viagra casero [/url] Algo a mГ­ los mensajes personales no salen, la falta.... http://csalamanca.com/comprar-viagra-generico/ la viagra

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia