Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

04 January 2010

Inspektor Yang Terlampau...

Oleh: SALIHIN LADJA MURA

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) Silam mendesak Ketua Polis Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rapi berhubung tindakan seorang pegawai polis, Inspektor Razali yang telah mencemarkan imej PDRM apabila bertindak di luar batasan tatasusila dengan menunjukkan isyarat lucah kepada orang awam.

“Jika orang awam menunjukkan isyarat lucah boleh dipenjara sehingga 20 tahun, kenapa pegawai polis yang menguatkuasa undang-undang tidak dikenakan sebarang tindakan malah cuba dilindungi pegawai yang bertugas di Balai Polis Tawau,” kata Ketua Angkatan Muda PKR Silam, Citra Masadi.

Sehubungan itu, Citra telah membuat laporan polis di Balai Polis Kunak bernombor TD/RPT/0020/2010 yang diterima oleh Lans Koperal Devenran seperti berikut;

“Pada lebih kurang jam 11.30 pagi, 31 Disember 2009, bertempat di rumah saya di Kunak, saya menerima panggilan telefon daripada rakan saya, Amran Ariffin bahawa seorang pegawai polis telah menunjukkan isyarat lucah kepadanya di Batu 11, Jalan Apas, Tawau, ketika beliau ingin membuat pusingan di ‘U-Turn’. Saya menasihati beliau membuat laporan polis dan meminta beliau sms draf laporan polis untuk semakan saya. Namun seorang polis bernama Kamaruddin di Balai Polis Tawau telah melengahkan hasrat Amran membuat laporan polis sebaliknya memanggil tertuduh, Inspektor Razali memujuk Amran agar membatalkan niatnya membuat laporan polis dan menyelesaikan kes tersebut. Lanjutan daripada itu, saya telah menghubungi Wartawan Sabahkini.net, Salihin Ladja Mura dan memaklumkan kes ini yang disiarkan (seperti berkepil). Saya datang ke balai membuat laporan agar polis menyiasat, menangkap dan mendakwa tertuduh di bawah Undang-Undang Jenayah kerana berkelakuan kasar, kurang ajar dan kurang sopan kepada orang awam. Laporan ini juga dibuat terhadap Kamaruddin kerana bersubahat secara malafide melindungi jenayah yang dilakukan oleh Inspektor Razali. Laporan ini juga dibuat agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mendakwa Inspektor Razali di bawah Akta Pencegahan Rasuah terutama bagaimana beliau memperolehi sumber kewangan membeli Ninja King SAA9322X sedangkan beliau hanya pegawai rendah yang bergaji kecil. Jika sekiranya kenderaan tersebut milik orang lain, siasatan harus dilakukan kenapa kenderaan tersebut dipinjamkan atau dibenarkan digunakan oleh beliau untuk tujuan membuli pemandu lain di jalanraya dan menyalahguna kuasanya menakutkan orang awam."

Kata Citra, PDRM harus sedar bahawa rakyat Sabah bukanlah mudah diperbodohkan terutama pegawai kanan polis yang gemar ditukarkan ke Lahad Datu, Tungku, Kunak dan Tawau kerana mempunyai peluang mendapat rasuah dan memperolehi hartanah.

“Ada yang mampu membeli Ninja King dan rumah mewah sehingga mereka lupa tanggung jawab mereka menjaga keselamatan dan menghormati pembayar cukai yang membayar gaji mereka dan membolehkan mereka megah dengan pakaian seragam,” ujar Kusnadi yang membidas ramai pegawai polis di Kunak yang terlibat dengan kes perebutan tanah di Tingkayu

Sumber: Sabahkini.net

2 comments:

  1. Apabila ada Polis di sesuatu tempat itu sepatutnya orang ramai merasa selamat atau rasa dilindungi, tetapi sebaliknya berlaku apabila pegawai polis berlagak seperti seorang samseng dgn menunujukan isyarat lucah sesuatu yg tidak beretika lebih2 lagi ia dilakukan oleh Polis yang berpangkat..Polis yg tidak beretika ini sepatutnya dinyahkan dari Pasukan Polis kerana gaji mereka di bayar oleh rakyat untuk melindungi kepentingan rakyat dan negara ini..

    ReplyDelete
  2. Saya pernah dengar tentang Citra ni selalu mencari publisiti murahan. Sekiranya dia tidak mendapat layanan istimewa, dia akan mencari kesalahan dan menghebahkannya. Seorang rakan kepada rakan saya pernah ditangkap semasa kerja dalam pub berikutan aduan oleh citra kepada polis tentang pub itu. Memang la rakan saya tu hanya pemegang pasport tapi ramai juga pemegang pasport boleh kerja di kedai. Rakan saya cakap punca sebenar adalah Citra tidak diberi diskaun semasa minum di pub tersebut kerana pemilik pub tidak mengenali beliau. Mungkin kes begini pun ada sebabnya. harap pihak wartawan mendapatkan cerita dari kedua belah pihak dan bukan dari sebelah pihak sahaja.

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia