Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

29 April 2009

Ulang Tahun Pertama

Alhamdulillah Blog Anak Sabah Anak Malaysia dah berusia setahun tanpa saya sedari. Pelbagai perkara, isu semasa, pandangan peribadi, petikan tulisan rakan blogger yang lain telah saya muatkan dalam blog ini. Lebih 80 post dalam masa setahun saya mengendalikan blog ini bukanlah sesuatu yang mudah bagi saya yang tidak pernah mengikuti sebarang kursus dalam bidang penulisan.

 

Bermula dengan nama ASAM-Lambunau, blog ini mengalami pelbagai transformasi dalam survival sebuah blog yang dikendalikan secara bersendirian. Semangat untuk memperjuangkan keadilan dan hak adalah punca kepada terhasilnya blog ini dan bertahan hingga ke hari ini. Saya pernah hampir berputus asa untuk meneruskan kewujudan blog ini kerana masalah-masalah yang sukar untuk dielakkan, blog ini pernah terbiar selama hampir empat bulan. Namun sokongan dan kata-kata semangat rakan-rakan blogger yang lain telah berhasil menaikkan semangat dan keinginan saya untuk terus berada dalam dunia penulisan blog. Terima kasih rakan-rakan yang menyokong saya selama ini walaupun persahabatan kita cuma di alam blogger/siber.

 

Semoga blog ini dapat memberikan manfaat kepada diri saya sendiri,dan para pembaca yang merupakan anak-anak Sabah, anak-anak Malaysia.

 

Wassalam...

4 comments:

  1. Tahniah.

    Selamat ulang tahun pertama Blog ASAM Lambunau. Semoga blog ini terus berkembang dan bertambah mantap sebagai sumber maklumat dan pandangan isu-isu semasa untuk anak-anak Sabah.
    Teruskan usaha dna perjuangan anda.

    ReplyDelete
  2. Berjuang untuk rakyat SABAH yang tertindas??? Hellooo.... yang tertindas dan begandas itu adalah orang2 SABAH yang pemalas, budu dan tidak pintar sahaja... yang hanya tahu minta kana suap nasi hari-hari... lepas kana suap, pigi menyumpah kerajaan, bila lapar..minta makan lagi.

    RAKYAT SABAH YANG TERTINDAS...plezlah brader.. bila masa pula saya ni tertindas??? Bila masa pula kita ni tertindas.. hanya kerana kita tidak terpilih dalam parti atau jadi kakitangan kerajaan Sabah... kita ni jadi TERTINDAS!! ASTAGA NAGA.... pikirlah betul-betul keadaan kamu tu sekarang... siapa yang tindas kamu?? Kamu tu yang menindas diri kamu sendiri kerana `MELAWAN ARUS'.. kalau sudah kalah, diam sajalah... kalau tidak berjaya, cuba lagi... bukannya membebel itu dan ini... DUNIA & KEHIDUPAN INI ADALAH SATU CABARAN... bagi yang kuat, mereka MENANG, bagi yang KALAH... mereka KALAHLAH..!!

    ReplyDelete
  3. sALAM... BARU TERBACA KOMEN JOMO NI...

    TOLONGLAH BUKA MATA DAN BUKA MINDA,.. JANGAN CUMA TERPERUK DITUARAN SAHAJA...

    SIAPA YANG TIDAK TERPILIH DALAM PARTI DAN KAKITANGAN KERAJAAN NI? JANGAN LA BUAT LAWAK...

    TIDAK TERTINDAS KAH KITA JIKA MEMPUNYAI HASIL BUMI YANG BANYAK TETAPI MEMPUNYAI RAKYAT TERMISKIN YANG RAMAI, KEKURANGAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR YANG SANGAT JELAS DAN KETARA..


    INSYA ALLAH NANTI SAYA AKAN TULIS KHAS UNTUK TUAN JOMO...

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia