Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

16 April 2008

USNO Harus Bangkit Dari Kubur Untuk Membela Nasib Rakyat Sabah (Bahagian Pertama)

Kenyataan saya ini hanyalah satu pandangan peribadi sebagai seorang anak Sabah yang prihatin dengan perkembangan semasa di negeri itu walaupun saya kini berada di semenanjung. Tindakan UMNO melebarkan sayapnya ke Sabah pada tahun 1990 telah menguburkan USNO (UNITED SABAH NASIONAL ORGANIZATION)secara langsung dengan menyerap semua ahli dan pemimpin USNO menyertai UMNO . Dengan masuknya UMNO ke Sabah, tiada lagi cawangan-cawangan USNO yang wujud. Pada awalnya, kehadiran UMNO bagaikan membawa rahmat kepada Sabah. Pemimpin-pemimpin pusat bersilih ganti melahirkan kekaguman terhadap pemimpin dan ahli-ahli USNO serta rakyat Sabah atas kesanggupan membubarkan USNO dan menerima kehadiran UMNO untuk membela Sabah (kononnya). Pelbagai projek dilimpahkan kepada ketua-ketua cawangan, ajk bahagian dan tentunya ketua bahagian juga, semasa UMNO mula bertapak di Sabah. Semuanya mendapat layanan yang boleh dikatakan sangat istimewa. Ini adalah hakikat yang saya saksikan sendiri kerana ada ahli keluarga saya adalah pejuang-pejuang USNO yang kelihatan lebih selesa kehidupannya setelah menyertai UMNO dan memegang jawatan yang agak selesa dalam UMNO bahagian. Namun bak kata pepatah "kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari" Secara perlahan dan teratur, seorang demi seorang bekas pemimpin USNO yang di lihat tidak boleh dikudakan dan mampu pula merencatkan rencana UMNO 'menjajah' Sabah di pinggirkan ke tepi. Hanya mereka yang sanggup menjadi 'yes man' dan mengikut apa sahaja arahan yang datang dari pusat akan mendapat jawatan dan kedudukan. Kebebasan anak Sabah mentadbir negerinya telah dirampas oleh pentadbiran BN-UMNO di Sabah. Apakah hujah-hujah dan bukti bagi kenyataan saya ini? Nantikan tulisan saya USNO Harus Bangkit Dari Kubur Untuk Membela Nasib Rakyat Sabah Bahagian kedua nanti..

1 comment:

  1. Selagi PATI tidak dibersihkan dari bumi Sabah selagi itulah kekuatan umno menjajah Sabah. Sekarang ini kebanyakan PATI terutamannya dari indonesia sudah menjadi kaum peribumi Sabah yang menjadi penyokong kuat umno malah ada juga pemimpin2 umno, YB dan menteri2 di Sabah terdiri dari kalangan mereka ini.yang malangnya penduduk yang benar2 kaum asal sabah sudah mula dipinggirkan dan hak keistemewaan mereka sedikit demi sedikit telah di rompak oleh golongan mereka ini secara sistematik yg dirancang oleh umno.

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia