Membaca berita dari New Sabah Times (28 April 2008) dengan tajuk "Ramai penduduk pedalaman tidak pernah menonton TV" membuatkan saya terpanggil untuk membuat sedikit coretan di blog ini setelah beberapa hari tidak membuat apa-apa posting. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru, malah saya sendiri pernah mengalaminya dan orang tua saya yang masih di kampung kini bergantung kepada perkhidmatan berbayar ASTRO untuk mendapatkan siaran TV yang lebih jelas.
Alangkah malangnya menjadi rakyat di negara yang telah 50 tahun merdeka tetapi tidak dapat mengecapi sedikit nikmat kemerdekaan seperti yang dinikmati oleh orang lain. Kehidupan rakyat asing yang berhijrah mencari rezeki membanjiri tanahair kita mungkin lebih baik daripada mereka. Untuk mendapatkan siaran TV yang sepatutnya percuma, masyarakat pedalaman pula perlu mengeluarkan belanja sekurang-kurangnya RM50 sebulan. Jika hendak meminta kerajaan memberikan subsidi kepada mereka ini pastinya tidak sesuai pula.
Isu siaran TV yang tidak jelas ini hanyalah satu isu kecil daripada pelbagai isu lagi yang membuatkan kita tertanya-tanya apakah mereka yang berada di kawasan pedalaman itu hanya diperlukan ketika pilihanraya sahaja? Mungkin pihak berkuasa melihat mereka ini tidak ada apa-apa sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara, maka seharusnyalah mereka dipinggirkan.
Kerajaan telah lupa ataupun buat-buat lupa bahawa hasil balak dari kawasan pedalaman inilah yang mula-mula menjadi pemacu ekonomi Sabah di awal kemerdekaan dahulu sehingga politik Sabah sentiasa panas kerana menjadi rebutan bukan sahaja di kalangan ahli politik Sabah tetapi juga mereka dari negeri lain yang ingin menumpang semangkuk hasil kekayaan bumi Sabah itu.
Seharusnya pedalaman tidak terpinggir setelah puluhan tahun membekalkan hasil balak yang pastinya mencecah angka bernilai billion ringgit kepada ekonomi negeri dan negara. Situasi ini mengingatkan saya kepada hasrat kerajaan negeri Sabah (pemerintahan PBS) pada tahun 90-an yang ingin memiliki stesen TV sendiri. Mungkin perkara ini perlu ditimbulkan semula.
Itu cuma sekelumit kisah dari negeri di bawah bayu, banyak lagi kisah yang lebih menyedihkan selain cerita tentang tv. Mungkin di lain hari kita boleh berkisah mengenai keadaan jalanraya yang tidak patut digelar jalanraya, kisah sekolah yang daif, dan pelbagai lagi kedaifan yang seharusnya tidak lagi wujud setelah 50 tahun merdeka, apatah lagi kini bercita-cita hendak menuju negara maju.
Seorang teman yang geram dengan keadaan pembangunan tidak seimbang antara Sabah dengan negeri-negeri lain di Malaysia pernah berkata, " Malaysia perlu membuat pilihan untuk menjadi negara maju, pilihan pertama memajukan negeri Sabah sama seperti negeri lain yang maju, atau pilihan kedua, lepaskan sahaja Sabah agar ia tidak menjejaskan status negara maju Malaysia."
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletememang susah bah kita di sabah ni,,saya tgk ndak ada harapn lagi bah kita ni,,semuanya hancur musnah,apa yg bolih kita buat lagi,,ibarat harapkan pagar,pagar pula makan padi,,macam pemimpin kita di sabah ni bah,,betul2 muka diurang ni aii,na!!! ndak ada maruah bah betul-betul,aku tenguk pun pemimpin kita di sabah ni pun,,banyak asal-usul durang ni dari negara paling dakat bah,kamu tinguk semporna bah apa sudah jadi???,,,ndak bulih sudah kita naik bukit jauh sdh kita katinggalan di nun belakang bahh,,,
ReplyDeleteBetul bah tu ko ckp. Saya ni kalau bulih la kan, semua pemimpin di Sabah tu mau ganti. Sebenarnya parti apa pun kalau masih diorang2 juga yang jadi pemimpin, sabah nda akan maju. pemimpin dan kroni ja yang maju. Musa aman tu, kalu ko pi bofot ada jumpa keta mewah, keta sport, kebanyakkan anak-anak buahnya tu. Nda tau camna di sandakan. kalau diorang ni ramai2 masuk pkr pun belum tau ada perubahan. Tapi sekurang2nya sabah dapat kenaikan royalti, harap2 la pemimpin sedia ada di ganti secara perlahan.
ReplyDeleteDi sabah tu kalau ada pemimpin yang lebih kepada rakyat mesti kena matikan politiknya. Sebab kalau dia naik, susah la orang lain mau menyeleweng.
Saya highlight hidupkan usno sebab saya nda mau pisang berbuah dua kali. bukan anti semenanjung, tapi kalau parti berpusat d semenanjung, sabah masih belum bebas dari menerima arahan orang luar. Kita perlukan nasihat bukan arahan.