Assalamualaikum, Selamat Datang

Tanpa Sabah, Wujudkah Malaysia?

Paparan dalam blog ini tidak berniat untuk menghasut atau membuat sebarang provokasi melainkan sekadar untuk memperjuangkan keadilan dan menentang sebarang bentuk penindasan atau diskriminasi terhadap anak-anak Sabah daripada mana-mana pihak.

Anak Sabah Anak Malaysia

"Barangsiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian ia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga". (HR Al Bukhari)

29 April 2008

Ramai penduduk pedalaman Sabah tidak pernah tonton TV

KENINGAU : Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Sairin Hj Karno berkata,masih ramai rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman tidak pernah menonton televisyen,berikutan kesukaran menerima siaran daripada stesen penyiar.
Katanya,jurang itu berlaku bukan kerana rakyat tidak mampu memiliki set televisyen,tetapi disebabkan sukar untuk menerima ‘siaran’. Sairin berkata,siaran televisyen di sebahagian besar kawasan pedalaman diterima dengan ‘kabur’,atau sama sekali tidak menerima siaran.
"Terdapat rakyat yang langsung tidak berpeluang untuk menonton televisyen,atau tidak pernah menonton siaran RTM,TV3 atau siaran-siaran yang lain,” katanya.
Sehubungan dengan itu,beliau menyarankan kepada kerajaan melalui Kementerian Penerangan Malaysia,agar memberi kelonggaran kepada rakyat di kawasan ini untuk menggunakan parabola,sebagai penerima siaran televisyen.
Katanya,rakyat yang tinggal di kawasan pedalaman hanya menerima siaran televisyen apabila menggunakan parabola sebagai penerima pemancar atau penerima pemancar Astro.
Sungguhpun begitu katanya,bayaran perkhidmatan Astro yang terlalu tinggi mengakibatkan ramai rakyat yang langsung tidak berpeluang untuk menonton televisyen sepanjang hayatnya.
Beliau turut mencadangkan agar pengendali siaran Astro mengkaji semula bayaran perkhidmatan di kawasan luar bandar,apa yang beliau cadangkan sebagai ‘bayaran perkhidmatan mampu bayar’.
"Terlalu mahal,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Kaamatan dan Kesyukuran Kemenangan Wakil Rakyat bagi peringkat Kg Keritan Laut pada Ahad.
Sairin yang merupakan Wakil Rakyat Liawan berkata,penyaluran dasar-dasar kerajaan melalui program televisyen amat penting,justeru mereka wajar diberi kemudahan agar menerima siaran televisyen itu,sama seperti rakyat yang tinggal di kawasan bandar.
Katanya,ramai rakyat yang berpaling tadah pada pilihan raya yang lalu,disebabkan mereka tidak menerima maklumat yang jelas mengenai dasar-dasar kerajaan.
"Saya benar-benar memandang serius mengenai masalah ini,” katanya.
Sumber- New Sabah Times
28th April, 2008

2 comments:

  1. betul ka bohong nya tu,kadang-kadang pembohong ni ada betulnya,yang betul tu ada bohongnya bukan kah begitu??kalau di longarkan pendalaman bolih tinguk parabola,,memang sudah lama hancur,B.N dan UMNO di sabah ni,di sabah ni walau pun rakyat berpaling tadah memangkah PR,,tidak juga bolih kalah BN,,sebab mereka ni ada teknik menipu,bukan lagi pengundi hantu yg di bawa,lanun darat pun di bawah masuk mengundi,,OK BAH KALAU KAW!!!

    ReplyDelete
  2. Secara peribadi saya memang kenal datuk sairin tu (nda la rapat sangat), nda tau la kalau dah berubah sejak jadi ADUN ni. Saya kenal beliau sejak zaman usno, bertanding nda pernah menang masa tu. Zaman UMNO pla sampai dia jd senator jak.
    Yang saya tau masa tu dia ni memang ok, tapi biasa la orang politik, tiada yang kekal sifatnya.

    D pedalaman memang kira banyak jua parabola (dulu la tahun 90an, nda tau sekarang) tapi masalahnya orang sana pun lebih pentingkan hiburan jak. Orang kampung bukan amik tau sangat pasal politik selagi diorang cukup makan. tapi kita yang ada kesedaran ini kena la cuba suarakan apa yang patut. kalau orang sabah maju, nda jua kita kena kutuk ja oleh orang semenanjung. Ada blog ka bayumurni?

    ReplyDelete


“Agar kita tidak dilupai bila telah mati dan kereputan, tulislah sesuatu yang berfaedah untuk dibaca atau buatlah sesuatu yang berfaedah untuk ditulis”.

Hakikat Satu Malaysia

Hakikat Satu Malaysia