Perasaan tidak senang orang sabah bukan pada orang semenanjung secara individu tetapi pada cara dan dasar persekutuan yang berpusat di semenanjung.
Secara peribadi saya nyatakan ramai ahli keluarga saya yang berasal dari semenanjung, saya mempunyai 5 orang abang/kakak ipar orang semenanjung. Kalau kami anti semenanjung, mungkinkah kami kan menerima orang semenanjung menjadi ahli keluarga.
Seperti yang saya nyatakan dalam artikel tersebut, isu siaran tv hanyalah satu daripada isu kecil. Saya belum lagi menulis mengenai keadaan jalanraya, bekalan air dan elektrik di Sabah. Mengapa saya tidak boleh membandingkan dengan negeri yang lebih maju? Dengan kekayaan hasil bumi yang saya yakin lebih daripada negeri lain di semenanjung hatta selangor sendiri pada masa penubuhan Malaysia, mengapa Sabah tetap jauh ketinggalan.
Perasan tidak senang ini timbul akibat terlalu banyak diskriminasi yang dilakukan terhadap negeri Sabah dan anak-anak Sabah. Terlalu banyak perkara yang boleh menjadi contoh untuk menyokong hujah ini.
Perbezaan Elaun Kakitangan Awam
Saya ambil contoh terdekat yang berkaitan dengan bidang saya sendiri untuk lebih jelas lagi. Guru-guru dari semenanjung mendapat durian runtuh apabila ditempatkan bertugas di Sabah. Elaun khas yang diperoleh mereka dijumlahkan dengan gaji pokok sahaja boleh menandingi malah ada yang mengatasi pendapatan guru tempatan (orang Sabah) yang sepuluh tahun lebih senior daripada mereka, walaupun mempunyai kelayakan akademik dan ikhtisas yang sama.
Adakah wajar mereka memperoleh elaun perumahan hingga rm700-rm800 di kawasan pedalaman yang purata kadar sewa rumah hanyalah sekitar rm300-400 (malah ada yang lebih murah sekiranya tahu bergaul dengan orang tempatan) berbanding dengan kami guru berasal dari Sabah yang bertugas di semenanjung (saya dihantar ke sebuah negeri maju yang sekiranya pendapatan RM1500 ke bawah boleh ditafsirkan sebagai miskin) hanya layak mendapat elaun perumahan rm400-rm600. Saya sendiri cuma layak menerima elaun perumahan sebanyak rm450 sahaja, bagi rakan-rakan di kawasan lebih maju seperti Puchong mereka mendapat elaun perumahan cuma rm600 sahaja. Bagi yang masih bujang memang tidak bermasalah kerana boleh berkongsi dengan rakan membayar sewa rumah. Bagaimana pula mereka yang telah berumahtangga?
Rakan-rakan di sini mengatakan kami beruntung mendapat pelbagai faedah kerana bertugas seberang laut, tetapi apakah lebih beruntung berbanding mereka yang dihantar ke Sabah? Di Sabah, dengan sewa rm400 ke atas
Mereka yang berasal dari semenanjung mampu untuk menabung sebahagian daripada pendapatan mereka kerana kos sara hidup lebih murah di Sabah berbanding di semenanjung. Di Sabah yang saudara hjmahat kata boleh sesat di kota kinabalu, tidak ada jalanraya yang bertol. Pergilah sahaja ke mana sahaja tidak ada samseng berlesen ( yang mendapat lesen samseng jalanan dari kerajaan) yang menanti untuk meminta duit kalau kita nak lalu.
Saya masih ingat lagi kata-kata pengarah pelajaran Selangor semasa kami mula-mula tiba di sini, 'elaun tuan-tuan lebih rendah kerana di Sabah kos sara hidupnya tinggi".. itulah jawapan apabila ada yang mempersoalkan kenapa ada perbezaan elaun, seolah-olah tinggal di negeri maju ini lebih rendah kos sara hidupnya.
Melihat dari segi itu pun sudah nyata ketidakadilan terhadap anak-anak Sabah. Itu baru satu contoh yang sebenarnya masih panjang lagi huraiannya tetapi kita perlu beralih kepada contoh lain pula.
Kemajuan Bandar
Selama merdeka, bandar-bandar di Sabah yang dikenali hanyalah Kota Kinabalu, Sandakan, Labuan (kini bukan milik Sabah lagi), dan Tawau. Tempat-tempat lain rasanya belum layak digelar sebagai bandar jika dibandingkan dengan bandar-bandar di semenanjung. Pergilah ke Kudat, Beaufort, Keningau, Tenom, dan banyak lagi, itulah rupa bandar bagi kami orang Sabah.
Tiada apa yang hendak dibanggakan selain daripad keharmonian pelbagai kaum hidup dalam suasana aman tanpa ada puak-puak berasaskan kesukuan. Mungkin itu sebahagian hikmah bandar yang tidak maju, masyarakat lebih saling mengenali, dan kadar jenayah tidak setinggi di negeri maju. Itu sahaja fakta bandar kebanggaan anak Sabah.
Pelaburan/Perindustrian
Sabah boleh dimajukan sebenarnya walaupun tidak semaju negeri-negeri maju di semenanjung. Sekiranya Sabah mempunyai kawasan perindustrian seperti yang ada di semenanjung, ia pasti akan menjejaskan kepesatan industri di semenanjung kerana tenaga buruh yang banyak dan murah serta keluasan kawasan yang berpotensi akan menarik ramai pelabur sedia ada di semenanjung untuk memindahkan pelaburan mereka ke Sabah.
Perladangan
Kebanyakkan ladang-ladang kelapa sawit yang besar dimiliki oleh individu atau syarikat yang berasal dari semenanjung. Pekerja ladang pula lebih ramai pendatang asing. Apakah untungnya kepada anak-anak Sabah? Bukankah itu namanya bumi dipijak milik orang?
Seperti yang pernah didedahkan oleh saudara Abdul Rahman Yakub (bekas calon PKR bagi DUN Klias dalam PRU12) dalam kempen pilihanraya 2004, pegawai-pegawai FELDA di Sabah bukanlah terdiri daripada anak-anak Sabah walaupun FELDA mendapat tanah ladang dari kerajaan Sabah secara percuma. Tidak adakah unsur keraguan dalam perkara tersebut, baiknya hati pemimpin Sabah memberikan tanah secara percuma dengan tidak membawa keuntungan kepada rakyat tempatan.
Pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang berasal dari semenanjung berbahagi tanah di Sabah untuk membuka ladang-ladang kelapa sawit. Salah satu yang terbongkar ialah kes Bekas Ketua Polis Sabah yang dituduh menyalahguna kuasa melawat ladang sawitnya dengan helikopter kerajaa.
Penutup
Pasti ada yang akan mempersoalkan bahawa bukan kerajan persekutuan sahaja yang bertanggungjawab dalam soal pembangunan di Sabah. Ya, saya akui perkara tersebut. Perkara ini terjadi kerana ramainya pemimpin dalam kerajan Sabah yang tidak mempunyai taraf pendidikan yang membanggakan tetapi diangkat sebagai pemimpin oleh kerajaan persekutuan. Tidakkah anda melihat ad agenda tersembunyi disitu?
Pemimpin yang tidak mempunyai asas pendidikan tinggi ini mudah untuk diperbudakkan dan kurang intergriti untuk tetap dalam perjuangan. Perjuangan asal untuk rakyat bertukar menjadi perjuangan untuk diri sendiri.Kerajaan PBS ditumbangkan oleh UMNO kerana adanya pemimpin sebegini.
Saya berdoa dan berharap sekiranya Pakatan Rakyat yang berteraskan keadilan menjadi pemerintah, ruang-ruang diskriminasi ini tidak lagi wujud kerana kita semua adalah rakyat Malaysia. Sekali lagi saya nyatakan, saya bukan anti semenanjung kerana bagi saya kita semua adalah samasama anak Malaysia.
Anak Sabah Anak Malaysia
Status bandar sebenarnya tiada erti.
ReplyDeletedi negeri saya melaka,
Merlimau telah lama dinaik taraf sebagai bandar, akan tetapi bagi orang sekeliling, ia masih dianggap sebagai pekan.
Hehehe.. Saya pernah pergi merlimau, malah pernah sekali join kawan jual pakaian bundle kat pasar malam merlimau tu.
ReplyDeleteMacam tu le keadaan pekan-pekan di Sabah yang dipanggil bandar.. Lebih kurang cam merlimau dengan jasin je. Mungkin Jasin pun elok lagi sekarang ni. Dah lama tak pegi melaka.
sebol, Jangan anggap saya anti semenanjung ek.. Ipar saya dua orang melaka.
anti semenajung atau tidak itu bukan soalnya.
ReplyDeleteaku tak nafikan Sabah Sarawak seolah-olah kelas kedua.
Akan tetapi sebenarnya masyarakat luar bandar itu adalah kelas ke dua.
rezeki masing2..kalu sentiasa x puas hati trhadap rezeki org lain susah ler..menuntut hak kita boeh tapi jgn smpi menafikan rezeki org lain..
ReplyDeletedisabah guru2 sabah,ada elaun yg semua guru dinegeri sabah dapt tp tidak d semennjung cth eaun khid awam..begitu juga pmberian 10% kpd guru PSMI ( sains/mate).mgapa tidak guru subjek kritika lain xdapt..tapi bg saya itu adalah REZEKI mereka..mengapa anda bgitu ktitikal trhadap org lain..
ReplyDeleteSaya cuma memperjuangkan hak kesamarataan sahaja. Bukan hendak menafikan rezeki orang. kalau macam tu bagaimana pula rezeki kami yang dinafikan.
ReplyDeleteSaya tak sentuh lagi ramai antara kami dari opsyen subjek PSMI yang dinafikan untuk mengajar subjek tersebut termasuk saya sendiri. Sekolah saya sendiri menghantar guru kaunseling pegi kursus PSMI sedangkan ramai lagi guru yang dari opsyen PSMI yang betul-betul layak. Apa cerita?
dalam soal rezeki orang lain tu,,bagi kami di sabah ni pun,tidak la kami sekali-kali mengkhianati nya,,apatah tah lagi hasad dengki dengan kemajuan orang lain,ibarat jauh panggang dari api,minta maaf saja la banyak-banyak,jgn salah anggap begitu,!! diternyata disini ada sesuatu ketidak adilan dan sama rata kuasa,keistmewaan yg diagih-agih kan begitu,nampak dan jelas dengan mata kepala sendiri,cuba bayangkan kalau guru-guru dari semananjung ini di hantar ke sebelah sarawak,?? adakah mereka ini dapat mengkekal kan kontrak atau menyambung sehingga lebih 10 tahun,,jika ini boleh berlaku bermakna,,guru yg dari semenanjug boleh melakukan aktiviti berniaga samada secara langsung,ataupun sampingan,,atau,,,!!! samada kecilan ataupun restoran,,bermakna peluang yg mereka ada tidak akan di sia-sia kan,,begitu saja,,ini berpunca dari ketidak adilan,,bukan soal iri hati rezeki orang ke?,nasib orang ke?,atau benci orang ke??? soal hak kemanusian sama rata,,,,
ReplyDeletesusah betul la nak masuk blog ni,,saya mohon pada saudara lambunau agar permudahkan orang dapat mengkunjungi blog ni,,terima kasih,,
ReplyDeleteok le tu,,susah ke???
ReplyDeletesalam...emm nmpak nyer isu ni dh kearah anti org luar jer...kalu brpaksakn ISLAM kn senag..adil yg membawa makna memberikan hak kpd yg berhak..tp kalu mganggap guru smnnjung posting ksabh kmudian brniaga dn sbgainya..kau ada peluang dan ruang pe salahnyer..kalu tinguk cina d sabh pun ada yg datg dari luar tp kaya raya dn memiliki tanah krn pndai mgmbil ruang dan pluang...bgitu gak PTI..Jd tuntuu lh hak dgn berhemah dan jujur..tanpa 'mgherdik' pihak lain..kadg2 kita perlu fikirkn semua ni salah sape..kalu bkn kita gak..trmasuk pmimpin2 yg anguk2.
ReplyDeletemari bersatu dengan akidah tauhid lailahaillah...takbir!
ReplyDeletepe2 pn aku suka duk sabah sbb masyarakatyer yg peramah dan berbudi pekerti yg tingi..kalu di kl emm salah tegur pn boleh brgaduh...lg pn udara di kk ni nyaman yer sbb kat tepi pntai..
ReplyDelete