INILAH REAKSI PARA PEMBACA MENGENAI ARTIKEL SAYA BERTAJUK "DISKRIMINASI TERHADAP ORANG SABAH" YANG DISIARKAN DI TKO SEMALAM.
Masih ada lagi yang boleh dianggap buta tuli kerana tidak dapat menerima kemenangan bersih BN di Sabah dengan menyalahkan orang Sabah sepenuhnya walaupun perkara tersebut sudah saya jelaskan dalam artikel Suara Anak Sabah (rujuk TKO 26April2008) Namun begitu tidak kurang jua yang menyokong, hanya ucapan terima kasih dapat saya berikan sebagai menghargai sokongan anda.
saya siarkan semuanya tanpa sebarang suntingan.
akueden on Thursday, May 01 @ 16:18:30 MYT:
Saya amat bersimpati dan sedih di atas nasib yg. menimpa warga Sabah. Keadaan ini timbul adalah salah rakyat Sabah sendiri yang memilih kerajaan yang tidak mementingkan rakyat, sebaliknya mementingkan tempolok sendiri dan kroni2. Oleh itu pada PRU akan datang tumbangkan kerajaan yang tidak prihatin dan tidak berhati perut terhadap nasib rakyat Sabah. Untuk lebih cepat mendapat keadilan disyorkan wakil2 rakyat Sabah yang ada sekarang melompat segera ke parti PR. Lagi lama rakyat Sabah menunggu lagi parah keadaan mereka dan lagi banyak hasil bumi Sabah dirompak mereka. Selamat berjuang menegak keadilan!
by jayabdih on Thursday, May 01 @ 19:49:21 MYT:
Masalahnya bukan kerajaan tetapi Ketua2 jabatan yang kebanyakannya dari semananjung ditugaskan di Sabah. Memang betul anak2 Sabah didescriminasi dalam banyak hal. Contoh guru-guru, DULU, kalau naik pangkat maka orang Semananjung yang baru setahun jagung berada di sabah sudah naik pangkat kerana ketua jabatannya bukan anak sabah sedang anak Sabah jauh lebih senior. Bila orang Sabah bising2 mereka akan di 'ice-box'kan. Di agensi kerajaan pun sama samada di telekom, sabah elektrik, petronas, LHDN kebiasaannya orang semananjung yang control. Ada kawan saya dulu bertugas di PETRONAS, dah pernah acting Manager, tetapi tidak diserapkan menjadi manager kerana memberi peluang kepada orang semananjung. Kalau orang Sabah mau apply naik pangkat, bos PETRONAS di Kuala Lumpur kata tiada kekosongan tetapi bila orang semanajung minta maka dengan mudah PETRONAS boleh 'create' post baru. Setelah bertukar ke Sabah selama setahun dan dapat gred yang tinggi, pegawai tersebut akan ditukarkan semula ke semananjung dan jawatannya di Sabah dimansuhkan semula. Ini fakta. Cuba lihat senior post PETRONAS di Sabah, siapa yang pegang?. Anak Sabah yang sama kelulusan, lebih senior dan lebih memahami dengan persekitaran di sabah, tidak diberi peluang LANGSUNG!!. Inilah sikap orang2 semananjung yang melihat Sabah sebagai JUMUD, KATAK DIBAWAH TEMPURUNG dan pelbagai lagi andaian negatif. Lihat ustaz2nya yang datang ke Sabah. Mereka berlagak sebagai ulama tetapi hampir 90% terlibat dalam business. Mereka mengadakan aktiviti dakwah dengan tidak ikhlas. Kalau mau berdakwah biarlah betul tetapi jangan menjatuhkan orang lain melalui ceramah berbisa mereka. Orang sabah sentiasa diejek kononnya anak sabah tidak pandai berdakwah. Bila mereka mengadakan program dakwah mesti ada niat merendah-rendahkan kebolehan anak sabah. Ustaz dari semenanjung akan berurusan dengan JAKIM untuk dapatkan dana kerana pegawai JAKIM pun orang semananjung, mereka buat program dengan mendahulukan siapa supply makanan', 'siapa cetak T-Shirt', siapa penceramah yang diupah? Inilah 'business' orang semananjung di Sabah. Bukannya serius mengajar. Ada ustaz2 pula yang memperlekehkan kewibawaan orang Sabah seperti di SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang, Maktab Sabah, SANZAC dan banyak lagi sekolah lain. Mereka jadi AJK masjid sana-sini dan dalam kepala mereka ialah peruntukan untuk 'kontrak makanan'. Kontrak makanan pun yang dipilih orang semananjung!!. Ini masih kecil. Lihat kontraktor di Sabah... Kontrak 10Mill. semuanya dari Semananjung. Lihat Suria Capital (pengurus Lembaga Pelabuhan Sabah), datanglah orang semananjung untuk memperbetulkan pengurusannya dan apa dia kata "orang Sabah" tidak pandai mengurus Lembaga Pelabuhan Sabah. Kata-kata ini di war-warkan di masjid2 dan di tempat awam dengan niat yang tidak baik. Inikan ada unsur2 descriminasi!.
by MoSE on Thursday, May 01 @ 16:23:58 MYT
Assalamualaikum....Simpati saya pada warga Sabah. Kalau sudah ada kesedaran demikian sangat bagus. Desakan daripada rakyat tempatan kepada YB MP perlu supaya mereka dapat bertukar parti atas desakan rakyat. Integriti ini perlu dijaga. Sokongan daripada rakyat perlu untuk menguatkan semangat MP2 ini untuk melompat. Sekiranya MP2 Sabahan mendapat mesej saudara ini. DSAI tidak perlu mempengaruhi mereka lagi. Desakan dari rakyat sudah mencukupi. Kalau lah MP2 ini rela berkorban utnuk anak bangsanya sendiri.Wassalam.
by
Tagas (tauntagas@yahoo.com) on Thursday, May 01 @ 16:24:07 MYT
Betul bah tuu!!!, kalau guru dari selangor mengajar di Negeri 9 atau Melaka, akan dpt elaun luar daerah yg jarak perjalanan lebih sejam atau lebih, tapi kalau guru dari KK ke Tawau yg jaraknya spt dari KL Ke Kangar apa elaun yg dia orang nie dpt? suatu ari bini aku kena pindah pi daerah semporna, jumpa GB dia, wa buka main sibuk mau pi mesyuarat agung KGKS, mau jawatan...aku tanya kat dia apa agenda utk bela nasib guru sabah, dia diam. Aku bantai kat dia...inilah mentaliti guru-guru tempatan..jawatan glamer mau, jaga kebajikan ahli pooorah.....nie belum cerita pasal tanah yg diberi pada taukeh2 semenanjung oleh baruah Sabah...tender belum masuk kira siapa yg sapu...anak jati Sabah mau apply tanah.....sori....tanah kuburpun susah, spt kes tanah kubur belakang Masjid Raya Tawau yg kena pindah ke Ulu Merotai. Apalah bodoh punya org. Kami hanya mahukan keadilan dlm pembangunan. Hasil negeri kami di rompak di kalangan MEREKA sahaja, spt hasil minyak Acheh yg di bawa ke Jakarta. Apakah perlu Tsunami melanda Sabah dahulu baru kami dihargai. Apakah Tsunami PRU12 dulu tidak menginsafkan mereka yg sudah dipinjamkan kuasa. Tunngggguuuuuu Tsunami mempunyai ombak yg berlapis-lapis....ombak pertama telah selesai...ombak kedua sedang melanda....ombak ketiga pasti milik Sabah. Tungggggguuuuuuuu Tsunami kami.
by noneblues on Thursday, May 01 @ 18:31:02 MYT
INI ADALAH PEMERINTAH YANG DIPILIH OLEH KEBANYAKAN RAKYAT SABAH. BUKANKAN PADA PRU12 YANG LEPAS, SABAH DAN SARAWAK YANG TELAH MEMBERI KEPERCAYAAN 200% KEPADA BN. JANGAN SALAHKAN PADA ORANG LAIN, SALAHKAN PADA WAKIL WAKIL PARLIMEN YANG DIPILIH OLEH RAKYAT SABAH. MEREKALAH YANG TIDAK PERIHATIN PADA PENDERITAAN RAKYAT YANG DIWAKILI OLEH MEREKA. APA YANG MEREKA HENDAK ADALAH JAWATAN UNTUK MENGISI POKET MEREKA SERTA KELUARGA DAN KRONI KRONI. PILIHA ADALAH DITANGAN RAKYAT.
b
y tutuhjang on Thursday, May 01 @ 18:39:13 MYT
Sabah,Ini adalah proses pematangan, sebuah ciri positif ke arah sabah yang akan 'tegak sama tinggi, duduk sama rendah' dengan negeri-negeri lain di Malaysia.Saya pernah ke kk melihat anak saya mengajar di ums. Saya terperanjat beruk bila tanya harga kedai di simpang jalan masuk ke ums, anda tahu rumah kedai 2 tingkat (lk. 24 x 80) harganya 900K, kek soromban baru 300K jo Jang. Ni, sapo punyo kojo ni, rogo de sampai macam kek bangsar jo ?. Saya cadangkan kepada kerajaan negeri sabah mengkaji balik harga rumah kodai ni, sampai bilopun bumiputera sabah takkan mampu boli tu doh Jang.
by nizam76 on Thursday, May 01 @ 19:22:07 MYT
Aku setuju ngan saudara tutuhjang....umah apartment 3 bilik dah RM180K, teres jgn cakap mesti RM300K punyer.... aku beli umah teres 3 bilik kat tgh bandar kuantan baru RM95K(thn 2002 la).. apa la korang ni...cikgu tempatan sabah yg mengajar di pedalaman pun dapat gak lah elaun kesusahan....sama gak kes cikgu semenanjung yg mengajar kat pedalaman semenanjungdan aku gak setuju kalau elaun2 kakitangan kerajaan dikaji dan diselaraskan dgn teliti...dan aku akui cikgu semenajung yg mengajar di sabah mendapat elaun plg tinggi.. mungkin dah tiba masa dikaji lebih mendalam. Bini(cikgu) aku cakap org sabah ngajar Pulau Banggi dapat lak elaun kesusahan RM1500...kat sabah ni harga minyak petrol je murah(RM1.90) semenanjng (RM1.92)...brg2 lain aku gerenti mahal dari semenanjung (secara purata la)...kang aku kena tibai pulak cakap seme mahal..saudara lambunau..elok jga saudara kerap paparkan kisah2 diskriminasi dari sabah supaya ramai org sabah sedar...
by bayumurni on Thursday, May 01 @ 23:39:16 MYT
NAHH,,NAMPAK SUDAH KAMU KAN ORANG-ORANG SABAH,,!!! MACAM MANA HUJAH-HUJAH MEREKA DAN PANDANGAN MEREKA DARIPADA SEBELAH MENANJUG,,YG MASUK KE BLOG INI,,WALAU APA PUN KITA PERKATAKAN BERTUKUS-LUMUS TIDAK MEMANGKAH BN,,NAMUN KITA TETAP JUGA DI SALAK,,SEPERTI ANJING,!! NAH AKU NI,,!! TIDAK LA INGIN MEMULAKAN TAPI KALAU SUDAH MEMULAI,,OK,,KITA HURAI KAN DI SINI,,SEBENARNYA LAMA SUDAH SABAH,REFORMASI TENTANG UNDIAN INI,,JANGAN MEREKA LUPA?? TANYA SAJA PADA TUN DR,MAHATHIR SIAPA YANG MENGAJAR ORANG-ORANG SABAH NI MENIPU UNDI,MENGAMBIL PENGUNDI HANTU,MELULUSKAN PROJEK IC PALSU,MEMBELI CALON-CALON BEBAS,MEMUTAR BELIT KAN MEDIA,MEMUTAR BELIT KAN FAKTA, WAHH,,BODOH NYA ORANG-ORANG SABAH,,!!! BEGINI KAH CARA NYA PANDANGAN BAGI ORANG-ORANG YANG PANDAI LAGI BIJAKSANA,DAN JUGA BERPELAJARAN TINGGI,,?? SEOLAH-OLAH MENGAJARKAN PERKARA-PERKARA JAHAT LAGI DAYUS,,SEJARAH SABAH SAMPAI KE HARI INI TIDAK ADA PERTUMPAHAN DARAH DARI SEGI SENTIMAN BANGSA ATAUPUN KETURUNAN,TIDAK KIRA LA DARI MANA IA SEKALI PUN DATANG,, DI SABAH MASIH BOLEH DUDUK SEMEJA,BUKAN LA SEBAGAI SATU PERINSIP TETAPI SEBAGAI SATU TRADISI UNTUK PERHUBUNGAN DI ANTARA MANUSIA DENGAN MANUSIA,,KALAU LA MEREKA INGAT AKAN PERLAWANAN P.B.S. DAN B.N. SUATU KETIKA DULU,,SATU LAWAN SATU,,DI SITU TIDAK NAMPAK APA YANG DI PANGGIL GENTLEMENT,,MALAH DARI PARTI B.N. IAITU DARI PADA MENANJUG,,MENGUNAKAN TEKTIK KOTOR LAGI KEJI,,INIKAH YANG DI DI PANGGIL PANDAI DAN BIJAKSANA BERPELAJARAN TINGGI?? BERBANDING KAN ORANG-ORANG SABAH YANG MEREKA KATAKAN BODOH LAGI HINA,, PATUT LA SAMPAI KE HARI INI NEGARA BRUNEI PUN TIDAK SANGGUP MASUK DAN BERSATU DIBAWAH NAUNGAN MALAYSIA,,WALAUPUN SANGAT RAPAT RUMPUT-RUMPUTNYA,,RUPA-RUPANYA SATU GURU DENGAN ORANG-ORANG BRITISH,NAH,!!! JADI MEREKA NI TAU LA SILAT SAMA-SAMA LANGKAH,KALAU LAH PULAU LABUAN BOLEH JADI WILAYAH,,TIDAK MUSTAHIL SUATU HARI NANTI SABAH AKAN MENGIKUTINYA,, AYUH SABAH BANGUN,,,!!!
by dikyang on Friday, May 02 @ 12:08:12 MYT
Assalamualaikum,Bknnya penduduk peribumi sabah tdk mau undi parti selain BN, dan bknnya krn 100% undi penduduk peribumi sabah yg menyebabkan kemenangan bsr BN di sabah tetapi pelbagai taktik & penipuan yg digunakan utk memenangkan BN. antaranya ialah undi pos yg menyebabkan beberapa calon kalah tipis, undi hantu atau undi P.T.I (filifina & indonesia) yg diberikan kad pengenalan penduduk tempatan, duit RM50 - RM 1000 yg ditaburkan bg mengaburi mata pengundi, media arus perdana menyempitkan fikiran mereka yg tdk prnh ke luar drpd negeri sabh, tkt hilang projek, tkt kna buang kerja, dan mcm2 lg la. Bknnya kami m'benci org semenanjung krn kami juga ada kwn2 rapat, saudara mara di semenanjung... cuma rasa terkilan yg t'amat sgt bila hak-hak kami sbg anak2 sabah tdk terbela. hak kami diberikan kpd org lain... jawatan2 tertinggi di mana2 jabatan di negeri sabah dr no 1 hingga ke no 6 pun bkn anak sabah... jawatan anak2 sanah hanyalah KULI yg dihadiahkan dgn pelbagai gelaran yg menyakiti hati kami. kami di hina & dipandang rendah di negeri sendiri... hanya krn mereka mendapat kesenangan seketika di negeri kami. sama juga dr segi agama... ustaz2 dr semenanjung suka memandang rndh org2 sabah hanya krn negeri kami dikelilingi oleh byk GEREJA. bknkah semua manusia di sisi Allah SWT adalah sama melainkan IMAN & TAKWA. knp perlu menganggap kami terlalu 'jahil'? knp perlu pndg kami dgn sblh mata seolah2 kami terlalu rndh di mata mereka?Knp elaun t'lalu tinggi? sdgkan kos rmh sewa di sabah blh dpt dpt sktr RM300-RM600 b'banding d selangor RM700 ke atas... di sabah tdk perlu risau tol... di semenanjung perlu risau tol wlupun gaji RM2000... di semenanjung kbnykn org hanya memakai kereta jenama malaysia atau yg biasa saja tp d sabah kbykn org semenanjung blh pakai kereta yg blh dikatakan agak mahal (import) krn mereka tdk perlu risau kos yg tinggi dan blh smpn duit lbh b'banding d semenanjung perlu byr byk kos utk hidup... ini hakikatnya... byk peluang ekonomi yg sepatutnya mudah utk kami perolehi tetapi diragut oleh org lain... peluang pekejaan yg sdkt menyebabkan ramai b'hijrah ke semenanjung utk mencari sesuap nasi... knp kami dipersalahkan??? anda bertuah krn berada di negeri sendiri & hak anda msh blh dipertahankan berbanding kami.... yg kaya trs kaya, yg miskin trs miskin... pembangunan yg anda dpt lihat hanya sktr Kota Kinabalu @ Sandakan tp anda blm lihat 'kemunduran' di pekan2 @ bandar2 lain di sabah yg jauh ketinggalan b'banding terengganu & kelantan... SDC hanya skdr fokus kpd kwsn2 utama pelancongan tetapi tdk di kawasan2 pedalaman @ pekan2 kcl... skdr luahan biasa... kami rakyat malaysia, penduduk peribumi sabah...:-)
Great readd thankyou
ReplyDelete